Rabu, 17 Februari 2016

FIRASAT

FIRASAT
Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat
kerana mendapat pimpinan dari Allah. 

Sabda Rasulullah: 
“Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Jika hati kotor, 
syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.

Apa itu kasyaf? 
Kasyaf ertinya ‘singkap’ yakni 
tabir-tabir jadi penghalang atau yang jadi hijab pada mata batin 
untuk melihat alam ghaib atau rohaniah itu, Allah singkapkan. 
Allah buka dan perlihatkan. 
Tabir-tabir penghalang itu adalah sifat-sifat mazmumah. 
Apabila tabir-tabir mazmumah itu sudah terangkat, 
maka hatinya jadi celik dan terang-benderang, putih bersih. 
Sehingga mata mampu melihat 
makhluk-makhluk Allah yang pelik-pellik 
di alam yang bukan alam benda atau material itu 
seperti melihat alam jin, malakut dan alam barzakh. 
Juga dapat melihat sifat batin manusia yakni 
seseorang itu berperangai seperti kuda, 
maka rupa orang itu seperti kuda. 
Kalau berperangai anjing, 
orang itu berupa anjing. 
Allah perlihatkan hakikat orang itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar