Jumat, 19 Februari 2016

MANUSIA BARU HIDUP BARU

MANUSIA BARU HIDUP BARU

AKUlah yang akan menjadi Engkau dan Engkaulah yang akan jadi AKU. 
AKU dan Engkau sebenarnya SATU dan memang kita satu. 
Ilmu pengetahuan yang memisahkan kita. 
Dan AKUlah kita, AKU LUAR dan DALAM.

Selama ini Engkau berjalan sendiri dengan tidak memperdulikan AKU. 
Sekarang setelah Engkau menemui AKU, 
apa lagi kita telah menjadi AKU 
maka kalau Engkau berjalan ikut sertakanlah AKU 
dan kalau AKU berjalan akan mengikut sertakan Engkau pula. 
Satu arah, satu tujuan dan satu tindakan. 
Selama ini kita berjalan pada jalan sendiri – sendiri.

Sekarang kita kenal mengenal satu sama lain. 
Selapik seketidur, sebantal, sekalang hulu, sehina, semulia,
 kelurah sama menurun, kebukit sama mendaki, sikit senang sama-sama kita rasai.

Apa yang tidak ada padaKU, 
ada padamu dan apa juga yang tidak ada padamu ada padaku.

Engkau selama ini sudah jauh berjalan sendiri 
dengan tidak mengikut sertakan AKU, 
walaupun Aku sentiasa berada bersamamu. 
Dalam banyak hal AKU menderita kerana AKU yang merasakannya.

Sekarang AKU berjalan dan Engkau Aku ikut sertakan. 
Tugasmu hanya menurutkan dan mempelajari hasilnya untuk kita. 
Engkau yang tadinya tidak tahu 
setelah mempelajari perjalananku 
akan banyak mendapat 
yang Engkau tidak ketahui selama ini.

AKU yang berbuat, 
Engkau yang melakukan dan hasilnya untuk KITA. 
Bahagiamu terletak PADAKU dan bahagiaku padamu. 
AKU sangat merasa bahagia 
kalau yang AKU perbuat dan lakukan besertamu 
menghasilkan yang memuaskan.

Lambat laun Engkau akan mengenal AKU yang sebenarnya. 
Dan adalah perbuatanku bagimu namanya ILMU. 
Oleh kerana Aku GHAIB sifatnya maka namanya ILMU GHAIB.

Rahsia kandungan telah terbuka 
dengan hasil dari latihan latihan yang telah kita lakukan iaitu 
keluarnya pancaran yang terasa betul pada hujung KUKU kita, 
hujung jari jemari kita. 
Dan kita telah melahirkan kandungan kita sendiri.

Yang melahirkan kita dan yang dilahirkan kita pula. 
Kita yang telah terlahir itu ialah 
DIRI YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA, 
bergerak dan berjalan dengan sendirinya, 
akan tetapi duduk ditempatnya.

Keluarnya dari badan kita melalui saluran saluran tertentu 
yang bernamakan pancaran 
yang setelah sanggup menebus alam sendiri 
akan sanggup pula menembus alam lain, 
kalau kita telah dapat menguasai dan mengetahui 
akan RAHSIANYA yang sebenarnya.

Ibu melahirkan kita sebagai seorang manusia 
lengkap dengan pembawaan dan kelahiran kita 
mengandung pembawaan itu untuk hidup. 
Untuk melanjutkan jalannya kehidupan kita 
supaya dapat menikmati Kebahagiaan Hidup, 
maka adalah tugas kita melahirkan kandungan kita iaitu 
pembawaan dari Rahim ibu.

Kebahagiaan hidup yang kita alami di Rahim ibu 
semasa dalam kandungan ibu ialah 
dengan hidupnya bonda mengandung atau dengan dua ( 2 ) keadaan hidup, 
iaitu pertama yang mengandung dan yang kedua yang dikandung.

Sebelum kita dapat melahirkan kandungan kita itu 
sampai akhir hayat kita, 
maka senantiasa akan panjanglah jalannya kehidupan kita 
yang kita rasai, kerana melakukan hidup sendiri. 
Maka untuk kesempurnaan jalannya kehidupan kita
 lahirkanlah kandungan sendiri. 
Kelahirannya mendatangkan HIDUP BARU bagi kita
 dan seimbangkanlah jalannya kehidupan kita.

Kita telah bertahun-tahun berjalan sendiri-sendiri 
mengharungi lautan hidup yang tidak bertepi itu.
 Maka pergunakanlah jalan hidup yang baru kita perdapat itu.

Bila itu HIDUP tidak kita pergunakan 
tidak perlu disesalkan
 kalau satu saat nanti kita ditinggalkannya.

Dengan telah melahirkan kandungan itu 
kita telah menjadi manusia baru dengan tenaga baru.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar