Jumat, 23 Oktober 2015

IBRAHIM BIN 'ADHAM

| IBRAHIM IBN ADHAM ra pernah melalui pasar di Basrah kemudian berkumpullah orang orang kepadanya, seraya mereka berkata:

"Wahai Abu Ishaq, apa yang telah kami mohon tapi tidak dimakbulkan?"
Jawab Ibrahim ibn Adham:

"Kerana sesungguhnya hati kamu semua telah mati sebab sepuluh perkara:

■ Pertama, kamu semua mengetahui Allah swt tetapi kamu tidak memenuhi hak hakNya.
■ Kedua, kamu semua menganggap bahawa kamu semua mencintai Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
■ Ketiga, kamu semua membaca al Quran tetapi kamu tidak mengamalkannya.
■ Keempat, kamu semua memakan nikmat Allah swt tetapi kamu semua tidak mensyukurinya.
■ Kelima, kamu semua mengatakan bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu semua sepakat dengannya.
■ Keenam, kamu semua mengatakan bahawa Syurga itu hak tetapi kamu semua tidak beramal kerananya.
■ Ketujuh, kamu semua mengatakan bahawa neraka adalah hak tetapi kamu semua tidak lari darinya.
■ Kelapan, kamu semua mengatakan bahawa kematian adalah hak tetapi kamu semua tidak bersiap siap untuknya.
■ Kesembilan, jika kamu semua bangun tidur kamu semua sibuk mencari aib orang lain sedangkan kamu semua lalai akan aib kamu sendiri.
■ Kesepuluh, kamu semua menguburkan orang orang mati tetapi kamu semua tidak mengambil pelajaran dari mereka.
‪#‎cetusanuntukmuhasabahdiri‬

Tidak ada komentar:

Posting Komentar