Senin, 15 Februari 2016

RAHSIA

RAHSIA
Apa yang dialami oleh orang-orang yang telah tenggelam dalam Hakikat 
akan menjadi rahsia sepanjang hidupnya 
dan tetap akan menjadi rahsia selamanya 
sebab kalau diungkapkan maka itu bukan lagi sebuah rahsia. 

Menariknya ilmu hakikat adalah 
walaupun diungkapkan secara terang-terangan 
maka itu tetap menjadi sebuah rahsia 
bagi orang yang belum mencapai kesana. 

Al-Qur’an mengungkapkan secara terang-terangan 
bahkan sangat jelas membahas tentang hakikat ALLAH, 
tapi apakah semua orang 
yang membaca Al-Qur’an mencapai tahap makrifat? 

Jawabannya tidak 
kerana Ayat-ayat Al-Qur’an penuh dengan symbol 
yang hanya boleh dimengerti 
oleh orang yang telah terbuka hijabnya.

Begitu terang-terangan Rasulullah SAW 
lewat hadist Beliau menjelaskan tentang hakikat, 
bahkan sangat terang, 
tapi kerana umumnya yang membaca tidak terbuka hijab, 
ucapan Nabi yang demikian terbuka malah ditasfirkan secara keliru 
oleh akal manusia 
yang memang tidak sampai pemahaman disana 
akhirnya rahsia tersebut tetap menjadi rahsia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar