AKAL ITULAH DIRI...
Guru saya sentiasa bercakap tentang akal.
Mula2 mengaji dulu saya pun tak faham apa sebabnya.
Lama kelamaan barulah nampak sedikit demi sedikit
apabila saya mengkaji tulisan2 Imam Ghazali.
Akal itu adalah DIRI rupanya.
Pada diri itulah berpunca segala2nya.
Diri itulah yg kenal Allah...
yg ingat...
yg takut...
yg harap...
yg taat...
yg ikhlas...
yg cinta...
yg rindu...
Tapi diri itu jugalah
yg lupa...
yg jahil...
yg engkar...
yg zalim...
yg riya' ...
yg ujub...
yg bongkak...
Apakah yg membezakan suatu diri dengan diri yg lain itu?
Bezanya pada pengenalan...dan sedalam mana pengenalan itu.
Kata Guru saya pengenalan itulah punca keislaman.
Hanya yg benar2 kenal akan benar2 menyerah.
Maka apakah yg menghalang manusia dari menyerah?
Apa yg tidak kena dengan AKAL fikirannya
sehingga dia sanggup menggadaikan KEBAHAGIAAN ABADI buat DIRInya?
Apakah yg menjadi HIJAB kepadanya?
Jawab Guru saya:
kerana ILMUnya telah rosak...
dirosakkan oleh pemikiran sekular...
yg disarukan sebagai ilmu yg sebenar...
yg datang sebagai teori dan andaian dalam berbagai2 disiplin.
Ilmu itu bukanlah sebenarnya ilmu
kerana ia menjadi hijab antara diri dengan HAKIKAT.
Pendidikan moden telah menjadikan kita buta hakikat.
Kita tidak lagi kenal hakikat yg mendasari Pandangan Alam kita.
Maka sebab itulah Guru saya merumuskan kembali ilmu hakikat itu
dalam Prolegomena to The Metaphysics of Islam. ..
dengan harapan mereka yg mahu mendapat petunjuk
akan berusaha mempelajari dan memahaminya.
Mudah2an mereka akan kembali menemui diri sendiri...
#TuanJongKong
Tidak ada komentar:
Posting Komentar