Minggu, 03 Januari 2016

Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.

AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.

Firman allah :-
Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku 
dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku

Allah juga Berfirman :-
Ya Muhammad 
Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau 
dan Aku jadikan engkau kerana Aku. 
Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.

Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu 
yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu 
dengan terang dan jelas. 

Marilah kita renungi Firman Firman Allah saperti berikut :-

Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik...pengetahuanmu yang banyak 
jika kamu tidak Mengenal Aku 
maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu 
yakni umpama debu yang berterbangan diudara ditiup angin

Engkau itu Aku dan Aku itu engkau

Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul 
dan pelajarilah dengan sungguh sungguh 
serta kajilah dengan mendalam 
agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebenar-benarnya. 

Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.

Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari 
INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu 

perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT. 
Perkara itu ialah :-

Pertama
Mengenal Allah 
dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.

Kedua
sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.

Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.

Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah 
dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.

Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, 
nampaknya senang dibaca 
tetapi tiap tiap satu perkara diatas 
bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya 
walaupun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, 
jika kita tidak menemui / ditemukan 
dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk 
untuk pemahaman kita secara terang dan jelas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar