Sabtu, 09 Januari 2016

MAKRIFAT- TOK KENALI

Kenapa ilmu makrifat itu sampai terpinggir, terbuang dan tersisih dari pengetahuan umum? Ini adalah kerana ramainya dari kalangan ulamak sekarang hanya asyik tahu menyalahkan ulamak makrifat tetapi tidak ramai yang tampil untuk membenarkan ilmu makrifat yang benar.
Padahal Islam itu, adalah agama yang seimbang, seimbang dari segi ilmu syariat, torikat, hakikat dan makrifat. Untuk menjadikan ia seimbang, maka belajarlah sehingga sampai kepada ilmu makrifat, bukan hanya setakat syariat sahaja. Ilmu itu ada 4 peringkat, syariat, torikat, hakikat dan makrifat. Tetapi kenapa tuan-tuan hanya duduk pada tahap syariat sahaja?
Apa yang kita dapati pada hari ini, hanya ilmu syariat dan ilmu torikat sahaja yang memenuhi ruang ceramah dan ruangan mimbar pengajian. Lantaran itu, kemana hilangnya ilmu hakikat dan kemana hilangnya ilmu makrifat? Sedangkan keempat-empat cabang ilmu itu, adalah cabang ilmu yang wajib (cabang ilmu yang fardhu ain). Dimana salah dan apakah silapnya?
Jika ada sekali pun perbahasan dari ulamak-ulamak terkini tentang makrifat, perbahasan itu hanyalah sekadar perbahasan berunsur penggunaan istilah dan bahasa, iaitu perbahasan dari segi makna dan hanya dari segi ungkapan istilah. Bermula dari kitab ilmu makrifat Tok Kenali ini, marilah kita sama-sama buka mata, buka hati dan buka minda kita semua untuk mendalami, menyelami dan sama-sama kita gali akan maksud yang tersirat disebalik yang tersurat.
Amin drp Yusmahadi Mohd Yusoff.
(makrifattokkenali.com)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar