Minggu, 17 Januari 2016

Tarikan Ke Neraka Dan Rintangan Ke Syurga

Tarikan Ke Neraka Dan Rintangan Ke Syurga
Hadis dan huraian
Riwayat: (al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, 
Rasulullah SAW bersabda:
Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu 
sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi. 

1. Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah 
    satu sunnah di dalam kehidupan manusia. 

Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu senantiasa mendorong manusia 
untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga 
senantiasa ada halangan dan rintangannya. 
Itulah yang dinamakan cabaran iman. 

2. Allah SWT memberi khabar gembira 
    terhadap orang-orang yang sanggup 
    mengorbankan gelora hawa nafsunya 
    demi untuk berbakti di jalan Allah bahawa 
    mereka nanti akan diberi ganjaran syurga 
   yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan. 

3. Kekuatan iman itu 
    akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya 
    apabila wujudnya nilai-nilai istiqomah di dalam hati 
    dan sabar adalah kunci kekuatan tersebut. 
    Ia menjadikan manusia dapat bertahan 
    daripada dipengaruhi oleh sebarang hasutan 
    yang menarik diri mereka kepada neraka.
    atau dengan lain perkataan 
    kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit 
    tetapi paling mujarrab untuk seseorang itu sampai ke syurga.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar