SEMBAHYANG TAKWA.
Setiap manusia yang melakukan sembahyang
wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, iaitu Insan kamil.
Kerana itu sesiapa yang tidak sembahyang
maka ia bukanlah manusia yang sempurna,
yang bererti ia bertaraf makhluk sebagaimana Azazil
yang telah berkhidmat dengan ALLAH selama 12,000 tahun kepada ALLAH
kemudian berakhir dengan menderhaka kepadaNya.
Derhakanya Azazil kepada ALLAH kerana tidak mengetahui rahsia
perintah tunduk kepada Adam a.s oleh Allah swt,
ertinya tidak mahu sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah
dengan nama syaitan bertaraf iblis.
Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh.
Ia bukanlah membawa kepada masuk ke syurga,
hanya menunaikan ikrar dan janji rahsia tunduk di Alam Roh
dan rahsia masuknya peristiwa Rohani ke dalam jasad bayi
ke dalam perut ibu yakni tanda Ubudiah (pengabdian seorang hamba).
Firman Allah: Maksudnya:
Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji
dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu
sesudah kamu meneguhkannya,
sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu)
sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan. (An-Nahl 91)
Sembahyang seorang ahli takwa tidak ada lafaz usalli,
kerana usalli kepada orang takwa adalah hal yang maklum,
kerana usalli itu adalah kerja orang awam,
dan sembahyang yang dilaksanakan itu
mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan kamil.
Selagi ada sifat makhluk, maka ia tetap masuk api neraka.
Hanya Insan kamil sahaja selamat dari api neraka.
darjat manusia didalam 3 perkara pokok.
Insan kamil - Insan ketuhanan.
Insan kamil wa mukammil- Insan bertaraf Muhammad (Mahmudah).
Insan mukammil- Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.
Sembahyang mesti fana dalam Zat Allah,
fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af’al Allah,
maka fana itu ialah mempraktikkan kerja
buat LA ILLAHA ILLALLAH atau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH
ertinya jasad dalam kalimah Alif ertinya HU.
Bagi perempuan HA ertinya HU..
Kita berkata di dalam hati
‘Tiada Zat aku hanya Zat Allah,
tiada Sifat aku hanya Sifat Allah,
tiada Af’al aku hanya Af’al Allah,
tiada ujud aku hanya ujud Allah’ dan
jangan ingatkan batang tubuh kita,
sebaik-baiknya ingatkan dia Zat dan dia Asma
ertinya menyerahkan diri kepadaNya.
Firman Allah: Maksudnya:
Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an)
untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira
bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya. (An-Nahl 89)
Sembahyang itu ialah
untuk mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
kepada golongan ahli takwa.
Kepada orang syariat dimaksudkan ‘tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’
tetapi kepada golongan ahli takwa,
BISMILLAH itu Zat kepada Allah
tetapi kepada kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU).
AR-RAHMAN itu Sifat kepada Allah,
maksudnya hati kepada kita, yakni Ruhul Yaqazah,
AR-RAHIM itu Afaal kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad),
Jelasnya kita berasal daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
kerana itu kita tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
kerana kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu
semua dilakukan oleh ALLAH pada keseluruhannya.
Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah
dan ayat lazim kerana belajar saufisma ini kepada fekah tasauf
yang tiada berkait dengan fekah dan usuluddin
hanya semata-mata tasauf yang dapat mengelakkan
perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali.
Sembahyang hendaklah fana dalam Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah
dan jangan pula kita didalam Asma Allah
kerana kita hanya menyembah Zat dan memuji Asma Nya.
Apakala kita sudah fana
sebagai Insan kamil, mukammil dan wa mukammil,
barulah angkat takbiratul ihram.
(ALLAHU AKBAR)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar