Selasa, 05 Januari 2016

FANA’ MENGHANTARKAN SESEORANG PADA MAQAM WASIL KEPADA ALLAH

FANA’ MENGHANTARKAN SESEORANG PADA MAQAM WASIL KEPADA ALLAH.

Apabila seseorang belum mencapai maqam fana’, 
yakni belum dapat melihat keebesaran Allah dengan mata hatinya, 
maka janganlah berani mengaku bahawa 
dirinya sudah bermakrifat kepada Allah Ta’ala.

Hendaklah ia bermujahadah, yaitu 
bersungguh-sungguh lebih dahulu pada dirinya 
agar mendapat jalan fana’ pada Allah.

Setiap orang bermakrifat dengan hatinya, 
hidup dengan Nur Iman, 
menjalankan dan mempertalikan alam kepada penciptanya iaitu Allah Ta’ala 
sehingga alam yang dilihatnya itu 
menjadi tempat untuk mengintai kebesaran dan wujud Allah.

Yang dikehendaki dalam makrifat itu adalah 
menggunakan pandangan hati 
untuk memandang hak Allah Ta’ala 
yang memerintah, yang melakukan, gerak dan diam, dan sebagainya. 

Orang ahli makrifat, 
apabila melihat alam, 
dapat merasakan dengan mata hatinya makna dan I’tibar alam itu. 
Apa yang dilihat menunjukkan kebesaran Allah semata-mata. 
Semua alam harus kembali dan bertali dengan asma’ Allah dan sifat Allah.

Kita harus menggunakan fikiran jernih, 
dan kita harus selalu meminta petunjuk kepada Allah 
agar kita mengenal diri kita “Ya Tuhanku,
 aku ini siapa, 
berilah aku petunjuk, 
supaya aku lepaskan kegagahanku, 
dan daya upayaku, 
dan supaya aku menjadi hambaMu yang menjalankan 
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH, 
dengan demikian janji Allah pasti aku sampai ke hadhirat-Mu”.

Orang yang berkhidmat kepada Allah adalah 
orang yang memandang dirinya sebagai jizim, 
tempat memandang kekayaan Allah dan hak Allah, 

Golongan ini tahu bahawa asal mereka sebelumnya yaitu
Adam semata-mata, yakni La wujud bagiku. 

Kemudian dikarunia Allah dengan diadakannya diri kita, tanpa suatu sebab. 

Hanya semata-mata dengan sifat murah-Nya diri kita menjadi ada. 
Merupakan nikmat ijad apabila kita pertalikan diri kita kepada pencipta kita. 
Semuanya menjadi hapus (fana’) dan tidak tertinggal sedikitpun. 
Semuanya menjadi milik Allah dan hak Allah, 
sejak dari ujung kaki tidak terlepas dari kepunyaan (hak) Allah.

“Sesungguhnya yang mendindingi hak Allah denganmu sangat dekat denganmu, 
lebih dekat dari urat lehermu”.

Orang tidak melihat bahawa gerak yang ada ditangan itu adalah 
milik dan hak Allah, 
penglihatan yang ada di mata itu adalah hak Allah, 
pendengaran yang ada ditelinga adalah hak Allah, dan 
demikian juga suara yang ada dilidah adalah hak Allah.

Darajat sampai kepada hadhirat Allah terbagi atas empat macam :

Pertama : 
harus sempurna menjadi hamba Allah dengan mengakui sifat kehambaan, 
yaitu lemah, hina, fakir, dhaif, dan segala kekurangan serta 
berbuat ibadah yang ikhlas bagi Allah semata-mata, tidak kerana yang lain 
sehingga diperoleh keyakinan yang penuh serta zuuq (rasa) manisnya iman.

Kedua : 
seorang hamba melihat bahawa segala perbuatan itu 
berasal dari qudrat dan iradat Allah sehingga hapuslah perbuatan dirinya. 
Dalilnya adalah wallahu khalaqokum Wama Ta’malun, 
yang ertinya Allah menzahirkan kamu , 
dan Allah yang menzahirkan perbuatan kamu.

Ketiga : 
seorang hamba memandang dengan mata hatinya akan sifat Allah 
sehingga dirasakannya bahawa tiada yang hidup melainkan Allah sendiri. 
Dalilnya adalah 
“Bergantunglah kamu kepada yang hidup, yang tidak pernah mati”.

Keempat : 
Seorang hamba yang menjalankan musyahadah, 
dengan menggunakan kalimat tauhid, 
bahawa tiada yang ada pada hakikatnya, 
melainkan Allah sendiri.

1 komentar: