Rabu, 18 Mei 2016

AKIDAH HULUL DAN WAHDATUL WUJUD

PERINCIAN MASALAH DARIPADA ULAMA MUHAQQIQIN MENGENAI AKIDAH HULUL DAN WAHDATUL WUJUD
Al-^Arif Billah al-^Allamah Abu al-Huda as-Shayyadi seorang ulama sufi yang terkemuka telah berkata dalam kitab al-Kaukab al-Durri Fi Syarhi Bait al-Qutb al-Kabiir, halaman 11-12:
خاتمة استطرادية : من قال أنا الله ، أو ما في الوجود إلا الله ،أو لا موجود إلا الله أو الكل هو الله ، أو نحو ذلك فإن كان عاقلا صاحيا في قيد التكليف فلا خلاف بين المسلمين جميعا في كفره لمخالفته نص القرآن إذ يلزم حينئذ نفي الخالق والمخلوق والرسول والمرسل إليه والجنة والنار للزوم الاتحاد من هذا القول ، وهو أشد زللا والعياذ بالله من الذين قالوا بالحلول والاتحاد وقد خصصوهما بسيدنا عيسى فقط عليه السلام بخلاف من قال ما تقدم فإنه يلزم من قوله الشمول لكل الموجودات ، وبهذا صرح بعضهم فقال :
وَمَا اْلكَلْبُ وَالْخِنْزِيْرُ إلاّ إلَهُنَا ### وَمَا اللهُ إلاّ رَاهِبٌ فِي كَنِيْسَةٍ
وذا كفر وضلال تقشعر منه الجلود الذين يخشون ربهم ، وأما إن كان قائل ما تقدم غائبا عن شعوره مغمىً عليه فقد سقط عنه التكليف فلا يكفر حينئذ ولا يؤاخذ شرعا ، كما أنه لا يجوز تقليده مطلقا ، ولا ريب أن التفوه بمثل ذلك من كل عاقل مكلف يغضب الله ورسوله ﷺ.
واعلم أن أهل الطريقة لا ينحرفون في الأقوال والأفعال عن ظاهر الشرع ، وكفى بالشرع والشارع قدوة وإماماً والسلام " انتهى كلام الصيادي

“ Penutup pada menyebut masalah lain ; Sesiapa yang berkata: “Saya adalah Allah”, atau berkata: “Tiada pada wujud melainkan Allah”, atau berkata: “Tidak ada yang ada kecuali Allah”, atau berkata: “Segala sesuatu adalah Allah”, atau seumpama ungkapan-ungkapan tersebut, jika orang ini berakal, dan dalam keadaan sedar lagi mukallaf, maka tidak ada khilaf dalam kalangan umat Islam seluruhnya mengenai kekufurannya kerana keyakinan tersebut telah menyalahi nas al-Qur’an.
Hal ini kerana (keyakinan tersebut) memestikan tidak ada perbezaan antara Pencipta “الخالق” dan makhluk “المخلوق”, menafikan perbezaan antara rasul dan umatnya yang diutuskan rasul kepadanya, serta menafikan perbezaan antara syurga dan neraka kerana wujudnya kesatuan atau persamaan pada perkara tersebut daripada ungkapan ini. Keyakinan seperti ini adalah kegelinciran yang lebih buruk [daripada Nasrani] - wal^aiyazhubillah- yang berkata dengan hulul dan ittihad/wahdatul wujud. Sesungguhnya golongan Nasrani telah mengkhususkan akidah hulul dan ittihad/wahdatul wujud dengan nabi Isa alayhis salam sahaja (Mereka kata: Allah bersatu dengan nabi Isa). Berbeza dengan orang yang berkeyakinan dengan apa yang telah disebut sebelum ini (segala sesuatu adalah Allah), sesungguhnya ungkapannya itu memestikan penyamarataan bagi segala sesuatu yang wujud (termasuk najis dan perkara yang menjijikkan). Bahkan sebahagian golongan (yang berakidah buruk seperti ini) telah menyebut secara jelas :
وَمَا اْلكَلْبُ وَالْخِنْزِيْرُ إلاّ إلَهُنَا ### وَمَا اللهُ إلاّ رَاهِبٌ فِي كَنِيْسَةٍ
“Tidaklah anjing dan babi itu melainkan mereka adalah Tuhan kita, dan tidaklah Allah itu melainkan rahib yang berada di dalam gereja”.
Maka ini adalah kukufuran dan kesesatan yang menyebabkan sekalian kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya menggigil (dari mendengarnya).
Adapun sekiranya orang yang berkata dengan ungkapan sebelum ini disebabkan hilang akalnya, lagi disebabkan pengsan maka sesungguhnya telah jatuh bebanan taklif daripadanya, maka dia tidak kufur ketika itu dan syarak tidak meletakkan hukum kufur terhadapnya. Begitu juga tidak harus mengikutinya pada perkara in secara mutlak (dalam apa jua keadaan).
Justeru, tidak ada kesangsian lagi bahawa menyebut perkara-perkara seperti ini daripada setiap yang berakal, maka dia berhak mendapat azab daripada Allah dan tidak diterima oleh rasulNya ﷺ. Ketahuilah bahawa ahli tarekat tidak akan menyeleweng pada ucapan-ucapan dan perbuatan-perbuatan daripada zahir syariat. Maka memadailah dengan syarak dan syari^ (Rasulullah ﷺ) sebagai ikutan, imam. Wassalam (sekian dan salam sejahtera)”. Intaha
Fatwa JAKIM tentang Aqidah WAHDATUL-WUJUD:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/wahdatul-wujud
والله أعلم وأحكم
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Wahdatul Wujud. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
www.e-fatwa.gov.my

Tidak ada komentar:

Posting Komentar