Kamis, 19 Mei 2016

FANAFILLAH DAN BAQO'BILLAH

FANAFILLAH DAN BAQO'BILLAH

Fana'fillah - binasa selain daripada Allah - hasil dari menafikan segala sifat ketuhanan kepada selain daripada Allah.


Baqobillah - kekal Allah semata-mata - hasil mengisbatkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada Allah...

Huraian diatas berdasarkan kepada ilmu. Menampakkan fana'fillah dan boqo'billah adalah dua hal yang berasingan diantara satu sama lain..

Manakala hasil daripada praktikal kedua-dua hal iaitu fanafillah dan baqobillah terhasil melalui satu perlakuan sahaja iaitu dengan mengadakan penyaksian dan pengakuan yang segala sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah sendiri.. melalui melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid ...

Firman Allah berkaitan iktiqad tauhid

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Salah satu jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid ialah dengan melaksanakan perintah Allah yang tersirat didalam firmanNya

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dengan berlakunya penyaksian dan pengakuan segala sifat yang wajib bagi Allah yang sedang dirasai oleh rasa perasaan itu adalah sifat Allah secara automatik berlaku penafian bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah dan sedang menyaksi dan mengaku iaitu merasai dengan rasa perasaan bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah sendiri bermakna kita sedang mengisbatkan sifat yang wajib bagi Allah kepada Allah sendiri...

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN ATAU SEDANG MERASAI SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH MEMBAWA MAKNA SEDANG MENAFIKAN SEGALA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI DAN SELAIN DARI ALLAH DAN DIDALAM MASA YANG SAMA SEDANG MENGISBATKAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH KEPADA ALLAH...

INI ADALAH HURAIAN HASIL DARIPADA PRAKTIKAL...

CARA PERLAKSANAAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN MENGIKUT FIRMAN ALLAH

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 42)
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

25.Surah Al-Furqān (Verse 58)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA SAMBIL RASA PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN..

CONTOH:-

SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA SAMBIL RASA PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT ADA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN....

DARI SEGI HURAIAN KITA PERLU MENGADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH...

DARI SEGI SEMASA MELAKUKAN PRAKTIKAL PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH AKAN BERLAKU DENGAN SENDIRI APABILA MELAKSANAKAN DENGAN CARA YANG TERTENTU....

FIRMAN ALLAH

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

ALLAH TELAH MENEGASKAN TERDAPAT PELBAGAI CARA YANG BOLEH DIJALANKAN DAN SUDAHPUN TERMAKTUB DIDALAM AL-QURAN...

IKUT DAN BAWALAH MANA-MANA CARA, JANGAN TAKSUB DENGAN CARA YANG KITA LAKUKAN SAHAJA.

MAKSUDNYA BERANGGAPAN HANYA DENGAN CARA YANG KITA SENDIRI LAKSANAKAN SAHAJA YANG BENAR, CARA ORANG LAIN TIDAK BENAR...

LAKUKANLAH PRAKTIKAL MELALUI MANA-MANA JALAN DAN CARA YANG SEDIA TERMAKTUB DIDALAM AL-QURAN..

MUDAH-MUDAHAN ALLAH AKAN MEMBUKA HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA KITA SEHINGGA SAMPAI KEPADA ALLAH YANG MERASAKAN ADA ALLAH

"HANYA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH"..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar