KEBAHAGIAAN
Ketahuilah bahawa manusia ini bukanlah dijadikan untuk gurau-senda atau
“sia-sia” saja. Tetapi adalah dijadikan dengan ‘Ajaib sekali dan untuk
tujuan yang besar dan mulia. Meskipun manusia itu bukan Qadim (kekal
dari azali lagi), namun ia hidup selama-lamanya. Meskipun tubuhnya kecil
dan berasal dari bumi, namun Ruh atau Nyawa adalah tinggi dan berasal
dari sesuatu yang bersifat Ketuhanan.
Apabila hawa nafsunya dibersihkan sebersih-bersihnya, maka ia akan
mencapai taraf yang paling tinggi. Ia tidak lagi menjadi hamba kepada
hawa nafsu yang rendah. Ia akan mempunyai sifat-sifat seperti Malaikat.
Dalam peringkat yang tinggi itu, didapatinya SyurgaNya adalah dalam bertafakur mengenang Alloh Yang Maha Indah dan Kekal Abadi.
Tidaklah lagi ia tunduk kepada kehendak-kehendak kebendaan dan
kenafsuan semata-mata. Keruhanian yang membuat pertukaran ini. Seorang
manusia itu adalah ibarat Kimia yang menukarkan logam biasa (Base Metal)
menjadi emas. Kimia ini bukan senang hendak dicari. Ia bukan ada dalam
sebarang rumah orang.
Kimia ini ialah ringkasnya berpaling dari dunia dan menghadap kepada Alloh Subhanahuwa Taala.
Bahan-bahan Kimia ini adalah empat :
1. Mengenal Diri
2. Mengenal Allah
3. Mengenal Dunia ini Sebenarnya. (Hakikat Dunia)
4. Mengenal Akhirat sebenarnya (Hakikat Akhirat)
Tambah lagi satu bahan-bahan kimianya yaitu Mencintai Allah sebagaimana yang terdapat dalam bab-bab.
Untuk menerangkan Al-Kimiya’ itu dan cara-cara operasinya, maka
pengarang (Imam Ghazali) coba menulis Kitab ini dan diberi judul
“Al-Kimiya’ As-Saadah” yakni Kimia Kebahagiaan. Bahwa perbendaharaan
Tuhan dimana Kimia ini boleh didapati ialah Hati Para Ambiya’ dan
pewaris-pewarisNya dari kalangan ulama-ulama Sufi kalangan Aulia Alloh.
Barang siapa yang mencarinya selain itu adalah sia-sia dan akan Muflis
(bangkrap) di Hari Pengadilan nanti apabila ia mendengar suara yang
mengatakan :
“Kami telah angkat tirai dari kamu, dan pandangan kamu hari ini sangat tajam dan nyata”. (Qaaf:22)
Allah Subhanahuwa Taala telah turunkan ke bumi ini 124,000 orang Ambia
untuk mengajar manusia tentang bahan-bahan Al-Kimia ini. Bagaimana
hendak menyucikan hati mereka dari sifat-sifat rendah dan keji itu.
Ikuti perkembangan perbincangan Imam Ghazali ini dari satu tingkat ke
satu tingkat yang membuka jalan-jalan orang-orang Sufi yang mencapai
Maqam Mahabbah, puncak tertinggi kebahagiaan yang ingin dimiliki oleh
orang-orang yang Mengenal Allah.
al-Ghazali Hujjatul Islam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar