Solat wa Mikraj
Dalam sebuah hadith ada disebut
“Solat itu Mikraj orang Mukmin”.
Orang mukmin ialah orang Islam yang patuh dan Mikraj pula bermaksud naik. Orang mukmin dinaikkan taraf atau status atau makamnya melalui ibadat sembahyang. Sembahyang boleh meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Ada orang yang dinaikkan darjah kedudukannya menjadi wali kerana mengerjakan sembahyang sunat dengan banyaknya (selain sembahyang fardhu) semata-mata kerana Allah, .
Sabda Rasulullah s.a.w, “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang sunat nawafil (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu)
Rasulullah s.a.w, menerima kontrak sembahyang semasa Baginda Mikraj .
Sabda Nabi s.a.w “Semua ibadat difardhukan di bumi melainkan sembahyang, dan ia difardhukan di langit antara dua qudratnya”.
Pada malam itu Baginda telah naik ke 17 tempat (bilangan rakaat sembahyang sehari semalam juga 17). Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakat. Sembahyang itu juga adalah anak kunci syurga.
Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Sembahyang adalah anak kunci yang mempunyai lima bilah iaitu lima waktu sembahyang.
Dalam satu hadith qudsi ada disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar