Selasa, 06 Oktober 2015

Pitutur guru sejati 31

Pitutur guru sejati 31


Petikan dari kitab Ana Al’haq

Anda lihat dakwat , huruf hilang, anda lihat huruf dakwat hilang. Huruf adalah dakwat pada hakikatnya.

ZAT ternyata pada anda dalam dua bentuk kesempurnaanNya :-

Pertama – Dengan JAMALNYA yaitu KEINDAHANNYA
Kedua – Dengan JALALNYA yaitu KEAGUNGANNYA

ZAT dalam peringkat ghaib tidak dapat diketahui. Diketahui dari kesan 7 SifatNya. SifatNya berkehendakkan kenyataan mithalnya keupayaan Iradat menjadi Kehendak, hayat menjadi Hidup dan seterusnya.

Tiap tiap benda adalah BENTUK SATU SIFAT. Bentuk bentuk berbeza kerana berbezanya Sifat dan keadaan Sifat itu.

WUJUD MUTLAK dan pengetahuanNya disebut A’YAN, tidak dapat dilihat. Yang dilihat ialah kesan kesannya. Zat tidak diketahui kerana ia GHAIB MUTLAK. Pengetahuan yang sempurna mengenai Zat ialah TIDAK TAHU.

Peringkat peringkat nyatanaya Zat adalah seperti berikut :-

Pertama – Peringkat dimana Zat tidak menyatakan pada DiriNya digelar GHIBUL GHUYUB.

Kedua- Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya disebut AHDIYYAH atau Sempadan Pertama atau disebut juga sebagai HAKIKAT MUHAMMAD.

Ketiga – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya dan Yang Lain secara terperinci ( details ) disebut sebagai Sempadan Kedua atau WAHDAH.

Keempat – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya dan Yang Lain secara terperinci tetapi CUMA didalam IlmuNya. Ini disebut sebagai HAKIKAT KEMANUSIAAN atau NAFAS SUCI

Kelima – Peringkat dimana Zat menunjukkan secara terperinci KELUAR. Ini disebut sebagai ALAM ARWAH , ALAM MITHAL & ALAM AJSAM

HU ( Dia ) yang GHAIB menjadi AKU menzahirkan DiriNya.

ZAT itu MUTLAK, tiada berbentuk. PadaNya-lah semua bentuk bentuk yang ada HAD bergantung. Apabila Ia Berkehendak , Ia ambil satu satu bentuk BayanganNya.

WUJUD itu sendiri adalah ZAT. Orang Syariat berpendapat Zat adalah DAHULU dari WUJUD.

Wujud yang paling nampak sekali ialah Wujud Allah. Wujud benda benda lain adalah dengan Cahaya Zat Allah. Jika anda lihat diri anda dan benda benda lain anda akan lihat Wujud Allah. Pandangan pada Wujud Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda.

SIFAT yang melahirkan DUNIA bukan ZAT. Kehidupan didunia ialah kesan SIFAT HAYAT ( Hidup ) . Begitulah dengan 6 Sifat yang lain ( Sifat Maani ) . Oleh itu baik dan jahat adalah dari Sifat bukan Zat. Wujud mengambil bentuk HIDUP. Iradat mengambil bentuk Kehendak. . Pengetahuan mengambil bentuk Akal. Segala-galanya terzahir melalui anggota. Iradat berbentuk hati, Tahu dengan Otak. Dengar dengan Telinga dan sebagainya.

HAKIKAT benda itu ialah ZAT

Sesungguhnya Allah Meliputi Segala-galanya ( As-Fusilat :54 ) Meliputi adalah ibarat Air meliputi ombak, salji & embun.

HU ialah Nama ZAT tanpa menunjukkan Sifat. Nama Allah menunjukkan Zat dengan segala Sifat-SifatNya.

Allah tiad Sifat Sifat terhad. Tidak ada ghayr ( yang lain ) Adanya ghayr adalah dalam khayalan kita sahaja yaitu bila kita memberi sempadan kepada Wujud Mutlak.

ILMU yang meliputi sesuatu bend tertentu. Ianya tidak boleh meliputi sesuatu yang tiada had yakni Allah. Allah sedar akan DiriNya Yang Tahu dan Yang Diketahui adalah DiriNya sendiri.

ASMA’ adalah ZAT yang dinamakan beserta segala Sifat SifatNya.

ZAT itu berkenaan dengan HAD atau SEMPADAN PERTAMA dikatakan AKU.
Apabila Ia Terzahir dalam beberapa bentuk Yang Terhad dikatakan KAMU.
Apabila Ia DILUAR HAD dan PENGETAHUAN IaNya menjadi DIA.

Dunia ini dinampakkan dan bukan sabenarnya yang hakiki.

DIA menzahirkan DiriNya dalam berbagai bentuk Tanpa Sebarang Pertukaran Dalam ZatNya. DiaNya sekarang saperti DiaNya dahulu juga.

Wajibul wujud (yang pasti ada)

Yang ada hanya Allah. Tiada yang lain. Yang lain tidak ada.TAUHID ialah mengetahui satu , melihat satu dan menjadi satu
Aku satu dan tiada sekutu denganKu.Walaupun ada bertingkat-tingkat dari segi badan / akal / ruh / sirr / nur / zat, hakikat anda bukanlah salah satu dari tingkat tingkat itu tetapi adalah Zat itu sendiri.HAKIKAT MUHAMMAD ialah KEPALA PANCURAN semua manifestasi . Meskipun Muhammad didalam badan, hakikatnya adalah hakikat seluruh alam.
Keturunannya ialah :– seluruh alam
– wali wali
– malaikat malaikat
– keturunan yang lahir dari jasadnya
Ulama Syariat berpendapat wujud itu ada dua :-

Pertama – satu yang asal yakni Allah
Kedua – yang dijadikan atau baharu yakni yang dijadikan Allah dari tiada

Ulama Hakikat berpendapat :-

Benda benda wujud bukan dari tidak ada tetapi adalah dari A’yan Sabitah ( bentuk bentuk tetap dalam Ilmu Allah ) yaitu dari Wujud Allah

Perintah KUN hendaklah pada benda yang ada. Yang tidak ada tidak dapat menerima Perentah Kun itu.

Lain lain perbezaan Prinsip Ulama Syariat & Ulama Hakikat :-

Ulama Syariat mengatakan Wujud Kejadian berbeza dengan Wujud Allah. Para Sufi mengatakan Tiada Perbezaan Hanya Satu Jua Yaitu Wujud Mutlah Allah

Ulamak Syariat mengatakan bahawa kejadian sari ADOM. Para Sufi mengatakan Yang Diperentah itu mestilah ada ayau wujud untuk menerima perentah dan ini ialah A’yan Sabitah.

Yang ketiga ialah HU HU ( Dia Dia ) & KAANAHU ( Saperti Dia )

Ulamak Syariat mengatakan dalam fana’ makhluk menjadi KAANAHU ( saperti Dia ) dan bukan HU HU ( Dia Dia )

Ibnu Arabi menyatakan wujud tidak lebeh dari SATU. Yang sama itu menzahirkan kepada DiriNya dengan DiriNya saperti air menzahirkan dirinya dalam bentuk ais. Jadi tiada yang fana’ Ianya Hu Hu. Yang lain tidak lebeh dari hanya nama nama dan benda benda pada fikiran sahaja. Hakikatnya Dia Yang Satu.

Semua nama nama adalah penzahiran daripada satu hakikat. Kadang kadang hakikat itu lautan, kadang kadang bueh, kadang kadang ombak, kadang kadang ais kadang kadang salji, kadang kadang Allah, kadang kadang makhluk

Nama itu banyak ..yang dinamakan itu hanya Satu.

Bentuk bentuk adalah DiriNya sendiri pada zahirnya dan pada hakikatnya.

Semua benda benda wujud kerana WujudNya Allah. Dengan sendirinya mereka itu TIDAK ADA. Huruf tidak ada , yang ada ialah Dakwat.

Yang Tidak Ada ialah cerminnya Wujud Mutlak

Mumtanul Wujud – Ada Yang Negatif = Cermin
Mumkinul Wujud – Ada Yang Mungkin = Bayangnya
Wajibul Wujud – Yang Pasti Ada = Orangnya.

Ulamak Syariat mengatakan Wujud benda benda ( dunia ) adalah Tambahan pada Zat. Para Sufi mengatakan Wujud Mutlak ialah Allah. Pembatasannya ialah DiriNya sendiri.

Zat mengetahui DiriNya sendiri

Dari segi mengetahui :-

Dia Menjadi wajib. Pelaku tanpa kualiti, Pencipta Yang Berkuasa dll

Dari segi Diketahui :-

Dia menjadi Yang Dilakukan . Yang diberi kualiti. Yang Dijadikan tanpa kuasa yaitu Hakikat Insan.
Surah Al-Hadid : 04

Dan Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada.

Huraian :-

Allah ialah hakikat semuanya – hakikat segala-galanya tiada yang kecuali.
Apabila Allah beserta dengan semua, Dia juga tanpa semua.

Selagi anda wujud dalam pandangan anda , DIA TIADA NAMPAK dan apabila anda tidak wujud dalam pandangan anda DIALAH YANG ANDA NAMPAK.

Allah menzahirkan DiriNya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu. Tajallinya tidak terkira banyaknya . Penyembahan Yang Terhad oleh Yang Terhad adalah Syirik.

CINTA ALLAH ialah KEMAHUAN UNTUK MANIFESTASI ( penzahiran ) . Wujud adalah gerak dari KEADAAN YANG TERPENDAM ( Kunza Mahfiyyan – Adom Idhafi ) kepada KEADAAN YANG TERNAMPAK. Ini adalah Gerak Cinta. Tanpa Cinta ianya terpendam dalam Ilmu buat selama-lamanya.

Wujud itu adalah HANYA TAJALLI dan Tajalli itu menjadi hakikat seseorang dalam Tajalli. Hakikat benda ialah ZAT ALLAH sendiri. Wujud diluar dan wujud didalam tidak berbeza. Semuanya adalah Satu Diri Yang Sama itu jua yakni Allah.

MUMKINUL WUJUD Yang Mungkin Ada

MUMKINUL WUJUD terzahir KERANA CINTA yaitu Cinta Allah kepada memandang Kecantikan dalam KecantikanNya sendiri.- Cinta Zat pada Zat digelar JAM’I yaitu cinta Zat pada Hakikat Muhammad
– Cinta Zat pada Alam digelar JAM’I BI JAM’I
– Cinta Alam pada Alam digelar JAM’I BI FARAK saperti cinta saorang gadis terhadap saorang terunaCinta Allah Yang Pertama digelar A’YAN yaitu Hakikat Muhammad . Keupayaannya terzahir dalam cermin A’yannya . Oleh itu Allah ialah Bapa A’yan itu dipelihara pada penzahirannya oleh Asma’& SifatNya.Penzahiran Cinta mengambil bentuk ( yaitu SifatNya ). Zat adalah Mutlak dan apa apa yang terbit daripadaNya adalah Terhad. Wujud yang terhad tidak boleh lain dari wujud itu sendiri.
Alam ini terbit daripada Allah dan tiada yang lain kecuali Allah yang ternampak dari alam ini. Contoh untuk faham :-

– Biji sawit terzahir dalam pokok sawit dan pokok sawit itu didapati dari biji sawit atau benih sawit. Maka lahirlah berjuta ekar ladang sawit tanpa perubahan kepada biji benih itu, tetap menjadi biji benih sawit akhirnya tidak mungkin menjadi biji kelapa atau biji cempedak.

Setiap ketika segalanya meminjam wujud mereka daripada Allah dan setiap ketika mereka kembali kepada Zat mereka yang mana adalah kosong.

ZAT BENDA adalah SIFAT JALAL ( Agung ) dan JAMAL ( Indah ) Allah. Benda ialah penzahiran kedua Sifat ini. Semuanya sama ada baik atau jahat datang dari kedua pintu ini dan kembali melalui pintu yang sama.

Tiap tiap sesuatu adalah BENTUK SATU SIFAT. A’yan adalah bentuk bentuk Sifat. Apa jua yang keluar dari sesuatu Sifat adalah kesempurnaan bagi sesuatu Sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari Alam Yang Sementara kepada Alam Yang Abadi. Sesuatu itu tidak kembali kepada Zat tetapi kembali kepada Sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan keadaan di-Akhirat kelak.

Firman Allah :-

Segala-galanya binasa kecuali WajahNya.

MUMKINUL WUJUD adalah Tajalli Allah dengan bentuk A’yan dengan kekhusussannya. Ini digelar WUJUD IDHAFI yaitu wujud yang dizahirkan. Ianya juga digelar BAYANGAN – Zil

Firman Allah :-

Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan kamu telah memanjangkan
bayanganNya ?.

SIFAT

Alam Tajalli atau MERTABAT TUJUH itu sabenarnya adalah mithalan pemahaman sahaja.

Pada hakikatnya tiga ( 3 ) Peringkat Tanazzulat ( Penurunan ) yaitu Ahdiyyat, Wahdah dan Wahidiyyat adalah satu dan sama jua. Ahdiyyat berpadu dalam Wahdat dan Wahdat berpadu dalam Wahidiyyat.Dalam Wahidiyyat semua Asma’ tersembunyi
Asma’ mula mula terzahir dalam Alam Arwah, kemudiannya di Alam Mithal & Nasut.
Dalam Hakikat Muhammad semua Nama Nama ( Asma’ ) tersembunyi
Dalam manifestasi Nabi Muhammad semua Nama Nama tersembunyi melainkan HADI ( Pembimbing Yang Benar ).
Bagi IBLIS semua Nama Nama tersembunyi melainkan MUDHIL ( yang Menyesatkan )
Allah itu Indah dansukakan Keidahan. Indahadalah Sifat Zat. Allah menjadikan manusia itu dengan Sifat KeindahanNya sendiri. KeindahanNya adalah CintaNya dan CintaNya adalah Keindahan.Dia Yang Mencintai dan Dia jualah Yang Di-cintai. Dia nampak DiriNya dalam KeindahanNya sendiri. Dia cinta DiriNya sendiri. Allah tidak cinta pada yang lain selain DiriNya sendiri.Allah mempunyai Kebaikan Yang Mutlak. Dari Kebaikan Mutlak itu timbul Kejahatan. Apa yang nampak jahat ialah perhubungan antara Nama NamaNya yang bertentangan dan bukannya dari Wujud itu sendiri.
Perhubungan diantara satu daripada Nama Nama Keagungan dengan yang lain saperti Latifah dengan Sifat yang lemah Lembut berupa jahat tetapi jika dengan sendirinya ianya adalah baik.

Orang Syariat merujuk kebolehan kebolehan ( faculties ) sebagai malaikat yaitu manifestasi manifestasi Kuasa Kuasa Ketuhanan saperti malaikat angin, api dan sebagainya. Contohnya telinga ialah manifestasi manakala pendengaran ialah kebolehannya ( telinga )

Zat Allah terzahir didalam Sifat. Sifat terzahir dalam Kebolehan dan kebolehan terzahir pada badan. Perbuatan terzahir pada kesannya. Jika tidak ada badan dimanakah kebolehan ini boleh ditunjukkan ?

Sifat tidak wujud berasingan dan bukan tambahan kepada Zat. Pada segi pengetahuan Zat itu pengetahuan itu sendiri. Begitulah seterusnya.

MAWAHID ialah seseorang Yang Melihat Tiada Ghayr ( yang lain ) yaitu Dia terdiri dalam Zat dia sendiri, tidak ia melihat zat yang lain dari masa yanpa permulaan hingga masa tanpa akhirnya. Ia hanya satu tajalli Zat yang dari DiriNya atas DiriNya dan melalui DiriNya.

Firman Allah :-

Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada sekutu denganKu.

Zat dan Sifat adalah satu pada hakikatnya dan berasingan dalam fahaman anda. Sifat adalah aspek Zat. Zat anda secara sendirinya tidak boleh membuatkan anda melihat jika tidak ada sifat yakni mata.

Zat ( Lahut ) adalah punca Sifat ( Jabarut ) . Sifat adalah punca Af’al ( Malakut ) dan Af’al adalah punca Athar ( Kesan ) . banyaknya Sifat adalah khayalan dalam ilmu. Ianya tidak wujud sama ada didalam atau diluar Ilmu

HAKIKAT atau A’YAN

Surah Al-Baqarah : 115Dan bagi Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu ( mukamu ) disitu ada Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Meliputi semuanya dan Maha Mengetahui.

TIMUR = menunjukkan Asma’ & Sifat Allah
BARAT = menunjukkan Keperluan Penzahiran ( tajalli )

Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar dari timurnya sendiri ( Ism – i – Ilahi ) dan terletak pada objek yang dizahirkan di barat Dirinya sendiri ( Ism- i – kiyani )

Hanya ada satu Wujud yang timurnya ialah Asma’ dan Sifat Allah dan baratnya Manifestasi Dunia. Ia mempunyai Yang Pasti ( wajib ) dan yang Mumkin pada kedua-dua sisinya. Jika anda lihat dari mana mana sisi, anda lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal dan fana’ dalam fana’

Asma’ Allah adalah bentuk bentuk yang boleh dikenali dalam ilmu. Ini digelar A’yan Sabitah atau Maklumat oleh mutakallimin. Mahiyyat atau hakikat oleh ahli falasafah.

– Dalam cintaNya kepada DiriNya sendiri, Allah mengurniakan TajalliNya Yang Pertama ( Faid – u l- Al-Aqdas ) dan mereka mereka terzahir dalam IlmuNya.

– Kemudian dikurniakan TajalliNya Yang Kedua ( Faid Maqdas ) dan mereka mereka ini terzahir diluar mengikut alatan keperluannya.

– MAHIYYAT ( bakat bakat ) menerima Kemurahan dan BerkatNya menurut bakatnya dari Allah . Oleh itu manifestasinya berlainan dan bermacam-macam.

UMMUL KITAB ( Ibu Kitab ) ialah LOH bagi Ilmu Allah. Ianya terzahir dalam KITABUL MUBIN atau LOH MAHFUZ ( Loh Yang Terpelihara ) . Apa juga yang terzahir dalam Alam Benda mula mula tertulis pada LOH.

Tidak ada benda hijau atau kering melainkan semuanya tertulis dalam Kitabul Mubin

Biji benih melahirkan dirinya sebagai akar pada akar, batang pada batang dan seterusnya. Apabila ia menjadi details ( perincian ) ianya mewujudkan 4 / empat ITTIBARAT yaitu Wujud / Ilmu / Nur / Suhud.

Apabila Sifat dan Asma’ mengambil bentuk maka zahirlah A’YAN KHARIJA dan menjadi objek objek dalam Ilmu. Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT ( Perbatasan Kedua ) dalam ilmu dimana dapat dibezakan ULUHIYYAT ( Suasana Ilmu Allah ) daripada RUBUBIYYAT ( Suasana Manifestasi Pemerentahan )

Maka bermulalah peringkat peringkat Asma’ – i Ilahi ( Nama Nama Pemerentahan ) dan Asma’ – i – Kiyani ( Nama Nama Yang Diperentah )

Tiap tiap objek adalah RASUL ( yang diutus Allah ) Apabila A’yan mengambil bentuk maka bentuk itu lebih tertentu lagi bentuknya dari yang terdahulu dan yang terdahulu itu menjadi batinnya. Wujud objek adalah Wujud Biasa ( bertentangan dengan Wujud Mutlak atau wujud Sifat )

Al-Baqarah ; 28

Kamu dahulunya MATI, maka diberikanNya kamu HIDUP

Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan wujud anda dengan wujudNya sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya.

Tidak ada Nama Allah yang tidak menunjukkan sesuatu Sifat. Nama itu menyatakan sesuatu aspek ZAT bukan tambahan kepada Zat. Tiap tiap A’yan ialah manifestasi satu nama. Tiap tiap objek adalah manifestasi Nama. Nama atau Asma’ memegang jambul objek itu dan memimpinnya.

Firman Allah :-

Apa sahaja yang merayap dan merangkak adalah dalam tangan Rabnya ( KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang betul.

Ini digelar JALAN ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang kejalan yang benar…dan Asma’ MUDHIL membimbing seseorang kejalan yang sesat.

Firman Allah :-

Barangsiapa yang disesatkanNya maka tiada siapa yang dapat membimbingnya kejalan yang benar.

Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya ( Tuhannya ) sendiri tetapi dilaknati oleh RAB bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab ). Apabila yang kena laknat itu mengadu perihal nasib mereka di Hari Pengadilan , maka hakikat hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan kepada mereka Ilmu Allah tertakluk pada hakikat ini…

……tidak ada perubahan dalam Kalimat kalimat Allah itu.

Yang dilaknati akan menyerah pada hakikatnya dan azab mereka menjadi selesa kerana penyerahan itu.

ALAM RUH – ALAM – I – ARWAH

Ruh manusia ialah satu RAHSIA KETUHANAN yaitu satu misalan perbatasan RAHSIA ANA ( Aku ) = RUH. Misalan itu disini ialah Hakikat itu sendiri.TAJALLI sabenarnya adalah MANIFESTASI dan PENUNJUKKAN sesuatu benda kepada dirinya sendiri oleh dirinya sendiri. Contohnya satu biji sawit menunjukkan dirinya dalam bentuk beberapa ladang sawit. Ianya bukannya penjelmaan ( hulul ) dan bukan ulangan.

Ruh dalam tajallinya berbentuk BADAN. Badan itu ialah sarungnya. Alam ialah sarung atau sangkar RUH YANG SATU.

Ada lagi satu sarung dibawah badan yaitu BADAN MITHALNYA. Dialah yang menunjukkan dirinya didalam cermin. Semua bentuk adalah sarung ruh. Tajilliyat tidak membanyakkan benda yang dalam tajalli itu. Tajalli hanya penampakan tanpa mempunyai hakikatnya sendiri.

Badan itu sendiri adalah satu ruh saperti ice dan air. Ruh tidak masuk dalam badan tetapi menzahirkan dirinya dalam badan itu. Ruh ibarat penunggang dan badan ibarat kuda.

Ruh ialah Allah. Tidak ada yang bergerak melainkan Allah.

Apabila Allah hendak memandang diriNya, Dia perlukan cermin yang cerah pada satu muka dan gelap pada muka yang lain. Badan manusia mempunyai HATI ibarat cermin. Dia menzahirkan DiriNya pada muka cermin yang cerah itu. Semakin berseh Hati maka semakin teranglah Bayangan Allah padanya.

Bayangan bukan HULUL atau Penjelmaan . Bayangan adalah nama sahaja, yang sebenarnya tidak wujud. Hanya muka yang memandang yang terlihat
Banyaknya muka kerana banyaknya cermin yang berbagai saiz dan warna. Memandang satu benda saperti banyak digelar Amt-i- Ilahi dalam syariat dan Tajalli didalam tasauf.

Dia membuat cermin bagi DiriNya dan memanggil cermin itu Qalbu / Hati / Jiwa dan muka cermin yang gelap dengan nama Qalib / Badan / Jasad / Jasmani.

Yang memandang KeindahanNya tidak puas memandang dan cermin itu tidak mengambil bahagian dalam memandang itu.
Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat yang mempunyai badan yang terang atau pada binatang yang badannya gelap.

Firman – Firman Allah :-

Dan pada diri kamu dan kamu tidak melihat

Sesungguhnya telah dtang kepada kamu seorang rasul dari antara kamu

Aku tidak boleh dikandung oleh bumi dan langit tetapi boleh dikandung oleh Hati Orang Mukmin

Ruh adalah penunggu pintu Kerajaan Ketuhanan. Ia membawa dirinya dan yang lain sampai kepada Allah.

Semua Ruh adalah SATU dalam keRUHan. Banyaknya timbul oleh kerana perkaitannya dengan badan badan. Kualiti yang baik berlindung pada Ruh, kualiti yang jahat dengan badan.

KeRUHan adalah Satu Dengan Zat sebelum manifestasi. Sabenarnya ombak adalah laut dan laut adalah ombak. Perbezaan adalah SANGKAAN sahaja.

Hadith Rasul :-

Siapa yan melihat saya nampaklah Allah

Dia sekarang saperti Dia dahulu juga

Allah ada dan tiada sekutu dengan Dia.

Bagaimana ada sekutu dengan Dia sedangkan dahulu, sekrang dan akan datang adalah satu sahaja padanya.

Ruh “ yang tidak dijadikan “ ialah Hakikat Muhammad ( Wahdah ) Dibawah daripada itu ialah Hakikat – i – Insani ( Wahidiyyat ) yaitu Ruh “ yang dijadikan” bergelar SIRR.

Semua ruh adalah bayangan dari Ruh itu ( Hakikat Muhammad ) . Itulah “ Ruh Yang Dihembuskan / Ditiupkan “

Firman Allah :-

Aku hembuskan padanya ( Adam ) Ruhku
Aku jadikan dia dengan kedua TanganKu ( Sifat Jalal & Jamal )
Kemana sahaja kamu menghadap disitu nampak Wajah Allah

Ruh ialah PEMBATASAN / HAD saperti badan adalah pembatasan Ruh. Perkaitannya saperti air dan buih. Pada peringkat pertama ia bergelar Ruh – Al- Quddus yaitu Hakikat –i – Muhammadi.

Ruh bukan didalam atau diluar badan dan tidak juga lekat pada badan. Ruh bukan tidak diluar badan dan bukan tidak didalam badan, bukan terlekat dan bukan pula tidak terlekat pada badan.

Ruh pada aspek luarnya adalah mendengar pada satu tempat, bercakap pada satu tempat yang lain dan ditempat yang lain pula melihat. Semua ini adalah satu yang mempunyai nama nama yang berlainan.

NUR ( cahaya ) MUHAMMAD ada dua jenis :-

Pertama BATIN – yaitu dalam peringkat ILMU dinamakan Hakikat Muhammad dan tidak dizahirkan.

Aku dari Allah dan seluruh Alam adalah cahayaku
Ianya adalah keadaan Pencipta itu sendiri.

Kedua ZAHIR – yakni Nur yang zahir mulai dari Aql – i – Kul menurun hingga Ruh – i – Azam. Qalam dan lain lain digelar Ruh – i – Muhammadi atau Nur Muhammad.

Allah mula mula sekali menjadikan Akalku dan Cahayaku.

Muhammad ada dua aspek :-

Pertama – HAKIKAT – Aku AHMAD tanpa MIM ( AHAD )

Kedua – KEJADIAN – HambaNya dan RasulNya.

Semua objek adalah BAYANGAN WUJUDNYA dan pergerakan objek adalah diperlui oleh Tajalliyat Asma’ & Sifat. Apabila Tajalliyat bergerak objek ( bayanganNya ) pun bergerak.

Tidak ada yang bergerak melainkan dengan Izin Allah.

Tidak Ada Wujud Selain Allah.

Dia Allah terzahir dalam bentuk Aku – Salik. Oleh itu memahami Aku sendiri adalah memahami Allah.

Dia-lah Yang mengetahui & Yang Diketahui. Aku Kenal Allah Dengan Allah.

Dan Dia dalam Nafs kamu…dan kamu tidak nampak Dia.

Alam mithal

Di ALAM LAHUT  iaitu Perbatasan Pertama, Zat , Sifat dan A’yan adalah ABSTARACT ( Mujarrad ) Zat tidak dapat dibezakan dari Sifat dan begitulah sebaliknya. A’yan tidak berbeza antara satu dengan yang lain dalam Ilmu dan belum ada diluar. Peringkat atau Alam ini digelar HAKIKAT MUHAMMAD atau PERBATASAN PERTAMA.ALAM seterusnya menurun dipanggil ALAM MITHAL atau PERBATASAN KEDUA. Disini Allah melihat segalanya secara PERINCIAN dan berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

Sebagai misalan dicontohkan biji benih :-

– Perbatasan Pertama – ialah pengetahuan biji benih sebagai biji benih
– Perbatasan Kedua – biji benih itu mengetahui keupayaannya untuk menjadi akar, batang, dahan, daun, bunga , buah dan sebagainya dalam Ilmu atau Pengetahuan.

Perbezaan batas batas itu tidak ujud pada hakikatnya. Ianya wujud untuk menjelaskan ilmu sahaja oleh para sufi.

Butir butir MINIFESTASI ialah ALAM ARWAH, ALAM MITHAL, ALAM SAHADAH dan ALAM INSAN.

Allah jua Yang Sempurna. Manifestasinya yang sempurna ialah Alam ini. Minifestasi kita dan sifat kita adalah sedikit dari SifatNya. Dengan itu sifat sifat kita dan yang lain lain adalah tidak sempurna. Tetapi kita tidak wujud kerana Yang Wujud Hanyalah Allah.

Perbatasan atau Alam tidak ada had bilangannya.

Untuk faham ditetapkan 6 sahaja. Perbtasan hanya wujud dalam ilmu sufi dan pada hakikatnya tidak ada apa apa yang dikatakan perbatasan itu.

1 WAHDAH

Ghaib Yang Pertama dimana A’yan dalan fana’, tidak wujud walaupun dalam Ilmu. Allah ada dan tidak ada apa apa yang bersama dengan Dia.

2 WAHDIYYAT

Ghaib Yang Kedua. A’yan wujud dalam ILMU ALLAH tetapi A’yan tidak tahu akan kewujudannya.

3 ARWAH

Disini A’yan mempunyai perbezaan perbezaan antara satu dengan yang lain.

4  AMTHAL

Disini salinan gambaran ( prototype ) objek objek wujud

5 AJSAM

Disini mereka mempunyai badan badan kebendaan

6 INSAN

Paduan semua Perbatasan / Alam / Peringkat diatas bergelar INSANUL KAMIL

Sholat /solah/sembahyang

Solah (Melayu;sembahyang) diambil dari perkataan wasiat; Bererti lekat atau menghampiri. Ahli zahir memahami ini dengan menyatakan: ” Mematuhi hukum-hukumyang tertentu dalam sembahyang”. Ahli batin mengatakan: ‘penyatuan pencinta yakni orang yang cinta dengan yang di cintai’. Syibli berkata, “Wudu ialah penceraian dan solah ialah penyatuan”.
Ertinya: “(Siapa yang tidak bercerai, tidak bersatu)”. Inilah sembahyang yang berkekalan.
Ertinya: “(Mereka yang sembahyangnya berkekalan)”.Yang penyinta tenggelam  dalam cintanya kepada yang dicintai. Sembahyang yang biasa ialah lima waktu sehari semalam. Sembahyang yang lima waktu itu mengadap ke kiblat. Sembahyang yang berkekalan mengadap kepada wajah Allah.
Ertinya:” Kemana sahaja kamu mengadap muka kamu , di situ ada wajah Allah”.
Sembahyang yang biasa mempunyai cara-cara dan hukum-hukum yang tertentu. Sembahyang yang lagi satu itu luas bidangnya. Kiblat sembahyang biasa terletak di tempat yang tertentu (kaabah). Kiblat sembahyang yang satu lagi itu di mana-mana sahaja. Syekh Abu Bakar berkata, apabila beliau berpindah dari satu solah yang satu lagi, ” Aku telah menjadi Kafir, maka aku ikatkan dengan  benang- Allahu Akbar. “Pada pandangan beliau adalah kufur mengadap ke kiblat yang tertentu letaknya itu, setelah beliau mengadapkan mukanya kekiblat yang mutlak. Kiblat itu empat: Kiblat di Mekah, Guru sendiri, Hati, Yang Haq.
Seseorang itu hendaklah berpindah dari yang pertama kepada yang kedua, dari kedua kepada ketiga, dan dari ketiga kepada keempat. Jika anda telah dapat melakukan peringkat-peringkat tersebut, maka anda telah meminum dari piala Muhammad s.a.w. Jika belum, cubalah sedaya upaya untuk mencapainya. Anda perlu mencerai diri anda daripada diri- kemudian anda akan lekat atau bercantum dengan Allah. Oleh itu di katakan, “Wudu’ ialah penceraian, dan solah itu penyatuan”.
Sembahyang orang yang cinta ialah memfanakan diri, sembahyang orang awam ialah ruku’ dan sujud. Sembahyang ini ialah mi’raj bagi orang mukmin. Setelah mengosongkan dirinya daripada dirinya, beliau sampai kepada yang di cintai olehnya.Pada peringkat ini, dia memperkatakan ucapan  sembahyangnya kepada dirinya.2. Sembahyang mempunyai dua aspek – badan dan ruh. Zahirnya berkaitan dengan peraturan-peraturan dan hukum-hukum, dan batinnya berkaitan dengan ruh. Jika yang berkenaan dengan badan itu sahaja yang di pentingkan tetapi yang berkenaan dengan ruh- yang memandang Allah dan memfanakan diri – tidak  di capai, maka jadilah sembahyang itu badan yang tidak bernyawa. Jika ruh sahaja di pentingkan dan badannya tidak di pedulikan, maka jadilah sembahyang itu umpama nyawa tanpa badan. Ada juga orang yang mengatakan bahawa melakukan peraturan-peraturan dan hukum-hukum sembahyang itu adalah umpama  menggilatkan besi. Apabila besi itu telah berkilat, maka dengan sendirinya kilat itu akan memancar dari besi yang telah  berkilat itu. Apabila badan telah sempurna dalam rahim, nyawa dengan sendirinya datang kepada badan itu. Apabila lampu telah sempurna dan sumbunya telah siap, senanglah api hinggap di sumbu itu.
Firman Allah ertinya: “Aku hembuskan kepadanya daripada ruh Ku”
Penglihatan atau kesedaran batin itu umpama tetamu yang tidak di sangka-sangka. Ia datang pada masa yang tidak di sangka-sangka. Seseorang itu hendaklah bersedia menerima kedatangan tetamu itu dengan hidangan-hidangan yang di perlui.3. Sujud ialah tanda pengabdian dan penghormatan. Malaikat sujud kepada Adam, sebenarnya sujud itu kepada Allah. Sujud mengadap kiblat adalah syirik jika tidak di sertakan sujud kepada Allah dalam kesedaran jiwa.
Seseorang itu boleh menganggap seluruh kejadian atau makhluk ini sebagai kiblatnya. Yang bererti: ” Ke mana sahaja kamu mengadap, di situ ada wajah Allah “. Seorang Majdhub sujud kepada apa sahaja yang di lihatnya dan berkata ” Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari syirik dalam senua perkara ” Masud Bek nampak ini dan berkata kepada anaknya ia itu bapanya meminta perlindungan dengan kelakuan syirik. Anak itu berkata, “Jangan di panggil dia musyrik, beliau melihat apa sahaja tanpa adanya.” Oleh itu si mukmin dalam  sembahyang menukarkan hadapnya dari kiblat kepada yang haq dan ini di lakukan semasa berniat dalam sembahyang. Mengadap kepada Allah itu ialah sembahyang yang berkekalan.
Imam-imam ada berkata ia itu sujud malaikat kepada Adam  ialah sujud kepada Nur  Muhammad yang terzahir dalam Adam. Jika seseorang menyembah cahaya yang di balikkan (terbayang) dalam cermin, maka menyembahan itu adalah untuk cahaya itu dan bukan kepada cermin. Seorang ahli akal (Sahib-i-basirat) menganggap semua benda sebagai cermin yang dalamnya cahaya Allah terbayang.4. Assabihu ma’a ILah -(bersahabat dengan Allah). Inilah sembahyang yang tidak boleh di tangguh-tangguh. Sembahyang yang lima waktu itu boleh di tangguh (qadha) ke masa yang lain: Yang bermaksud: ” Mereka yang memelihara sembahyang mereka ”
Kiblat sembahyang ini ialah Wujud Mutlak dan kiblat sembahyang biasa itu ialah Ka’bah. Ertinya: ” Neraka wail bagi orang yang sembahyang yang lalai dalam sembahyang mereka itu.”- Lalai kepada Wujud Mutlak. Wudu’ mempunyai dua pengertian: Pertama-membersihkan badan dan kotoran moral pada diri. Kedua- penceraian dari diri ( Al-wudu’ infisal, was salat ittisal) Wudu’ ialah penceraian, dan sembahyang ialah penyantuman. Anda tidak akan boleh melakukan sembahyang jenis ini jika anda belum boleh menceraikan diri anda.
5. Seseorang menyuruh penulis menulis nama ‘Allah’ tanpa menggunakan pena, kertas dan dakwat, beliau pun terus berdiri, ruku’ sujuddan seluruh kelakuan dalam sembahyang. Berdiri itu Alif, ruku’ itu Lam, dan sujud itu Ha.
Wahai saudara, anggaplah lukisan itu sebagai pelukis.

Pembimbing /guru

1. Berkenaan’bimbingan yang betul  ‘ ini, perkara yang penting  ialah ilmu dan dzauk. Jika tidak ,perkara keduniaan ini tetap  seperti biasa juga tanpa ada perubahannya. Seorang murid  menulis kepada gurunya, “ pekerja-pekerja dan kerani-kerani panca-indera sedang bekerja untuk mencapai kesempurnaan. Mereka mengumpulkan hasilnya daripada rakyat dan menghantar ke-Perbendaharaan Di Raja, tetapi jangan di laporkan kepada Raja, saya percaya, melalui ihsan, tuan akan menghantar laporannya “. Zat mempunyai sifat dan menikmati rasa mereka, tetapi salik tidak  mendapat laporan dan dengan itu tidak mendapat ilmu.

 Sebelum timbul tajalli  ilmu, salik itu bukan arif, apabila timbul ilmu, dia kenal akan dirinya. Meski pun ada sifat, Zat  tidak tahu mereka sebelum timbulnya ilmu . Zat itu menyerap dalam diriNya.
 Salik itu mempunyai wujud, iradat, kuasa, pendengaran dan lain-lain. Tetapi jika dia tidak tahu akan sifat-sifat ini, maka berertilah serupa dengan dia tidak mempunyai sifat-sifat tersebut.
 Salik mendengar dan melihat, tetapi tidak tahu yang Allah mendengar dan melihat. Dalam hal ini, Allah mendengar dan melihat, tetapi salik tidak tahu atau kenal sifatNya. Apabila dia kenal, jadilah dia arif. Pengenalan ini membawa pemerhatian dan pemerhatian pula  membawa wujud. Hijab itu di letakkan pada diriNya oleh diriNya. Dia jadi arif oleh diriNya, dan Dia jadi jahil oleh diriNya. Tidak ghayr ( yang lain).
 Ertinya: “ Barang siapa Allah bimbing ke jalan yang lurus, maka tidak ada siapa yang dapat menyesatkan dia, dan barang siapa Allah bimbing ke jalan yang sesat, maka tidak ada siapa yang  dapat membetulkan dia “.
2. Murid hendaklah memerhatikan jamal gurunya. Jamal guru itu mestilah di balikan (bayangkan) dalam cermin hati muridnya. Dalam cermin jamal guru itu, murid memerhatikan jamal Allah, hati murid ialah cermin muka guru. “ Barang siapa melihat Aku, melihat dia Tuhannya “
“ Hakikat iman ialah memerhatikan Aku “
3.Orang yang menjalankan suluk boleh sampai kepada peringkat di mana kebendaan sesuatu benda hilang dari  pandangannya, maka di lihatnyalah tidak ada lain selain Allah. Keadaan ini mereka gelarkan “ Ittisal “ (Penyantuman) iaitu kebalikan daripada “ Infisal “ (penceraian).
4. Setengah orang-orang sufi memakai pakaian bulu dan tidak  memakan makanan  yang lazat-lazat dengan tujuan supaya orang-orang biasa tidak berkawan dengan mereka. Syekh-al-Akbar berkata bahawa jika seseorang murid mencari guru lain semasa hidupnya adalah bererti memutuskan wa’ad (perjanjian) dengan Allah , yang di buatnya pada masa melakukan bai’at. Pengikut seseorang Nabi tidak mungkin menjadi pengikut seorang Nabi yang lain, semasa hidup Nabi itu.
5.Tujuan Syaghal (latihan), Zikir dan Muraqabah ialah untuk membuang segala ingatan selain dari mengingat Allah.
6.Orang yang mula menjalankan suluk hendaklah jangan di beritahu tentang  kecacatan nya supaya ia tidak menjauhi diri daripada nada. Setelah hati itu suci semua kecacatan itu akan hilang dengan sendirinya.
 7.Syekh (pembimbing) itu boleh jadi di barat , tetapi beliau tahu keadaan
muridnya di timur. Kebolehan yang paling kurang  bagi seorang guru ialah dia mempunyai  (membaca hati muridnya) dan ( sedar tentang keadaan orang yang mati dalam kubur). Jika dia tidak mempunyai kebolehan ini, maka haramlah dia membimbing muridnya. Dia  tidak boleh menjadi guru. Dia hendaklah tahu keadaan dunia dahulu dan sekarang. Beliau adalah khalifah Allah di bumi ini.
Bererti: “ Kami jadikan dia khalifah di bumi “
8.Guru ialah satu barzakh, melaui dia anda menghampiri Allah. Anda tidak boleh melihat matahari-kecuali melalui kaca yang gelap.
Pengaruh guru pada muridnya tinggal kekal meskipun guru itu telah meninggal dunia fana ini.Pengaruh Mansur Al-Hallaj membentuk watak Fariduddin ‘Attar, yang muncul 150 tahun selepas beliau. Seseorang boleh melakukan bai’at dengan guru yang lain selepas di benarkan oleh guru pertama dan begitulah seterusnya. Bayazid Bistami mempunyai 12 orang guru. Sebenarnya semua guru adalah manifestasi satu nama iaitu Al-Hadi. Murid sangat menghormati gurunya – bukan sebagai pemujaan pahlawan ( hero-worship ) tetapi adalah tanda cinta.
9.Ada dua jenis murid – biasa dan khusus. Guru mengajar mereka dengan
cara yang berlainan , menurut kebolehan dan  kelakuan mereka. Murid biasa mendapat pengajaran biasa. Murid khusus mendapat pengajaran  khusus yang tidak di ajar kepada murid biasa.
Bererti : “ Syariat perkataan ku, Tariqat perbuatan ku dan  Hakiqat keadaan diriku “
 Kepentingan untuk diri sahaja adalah satu racun yang bias bagi orang yang masih  murid. Nabi Khidr menerima Nabi Musa sebagai murid beliau dengan syarat Nabi Musa jangan bertanya apa sahaja yang beliau lakukan di hadapan matanya. Untuk cerita ini  lihat dalam Al-Quran Surah Kahfi. Nabi Khidr memaafkan Nabi Musa  berkenaan perkara menenggelamkan kapal dan membunuh seorang kanak-kanak, tetapi apabila beliau  ditanya tentang perkara tidak mahu menerima bayaran kerana mambaiki tembok (dinding), Nabi Khidr tidak mahu lagi menerima Nabi Musa sebagai muridnya. Kedua-dua soalan yang pertama itu adalah kepentingan syariat dan yang akhir itu ialah  untuk kepentngan diri.
 Bayazid Bistami dan Uthman Khybari sedang berdoa bersama-sama. Uthman  Khybari menutup  doanya dengan berkata, “ Ya Allah, kurniakan kepada aku segala yang aku mahu, “ Tetapi Bayazid Bistami berkata, “Ya Allah, hapuskan semua yang  aku mahu,” Uthman pun bertanya, “ Bagaimana pula ini ?” Bayazid menjawab, “ Apakah yang di kehendaki oleh orang-orang yang mencari Allah dengan kemahuan-kemahuan diri sendiri? .  Dia menghapuskan segala-galanya selain Allah dan melupakan  wujud dirinya sendiri.”
10.Syariat di hebahkan oleh ulamak tetapi Tariqat dan Haqiqat oleh       Masyayakh ( Syekh-syekh Sufi). Ulamak menjaga supaya dosa dan maksiat tidak bermaharajalela di muka bumi ini. Mereka menyatakan kepada manusia tentang siksa Neraka dan nikmat Syurga. Tanpa Tembok Besar (Negeri China) Yakjuj dan Makjuj tidak dapat di tahan dari mengganggu keamanan dunia ini , tetapi jika berhenti di sini sahaja tanpa berjalan lagi adalah ibarat mendirikan pagar dalam perjalanan orang-orang yang mengembara menuju Allah. Para waliyullah membuang pagar ini dari perjalanan mereka yang ada kebolehan dan berkelakuan baik. Mereka membuka tabir dari mata salik sedikit demi sedikit  sehingga mereka nampak alam ini penuh dengan nur Allah.
 Para waliyullah ini melakukan perkara ini dengan kasyaf (melihat ke dalam alam mithal) dan bukan melalui khayalan dan  pemikiran. Murid akan melihat bahawa dalam alam dunia ini  tidak ada yang berkuasa dan bijak selain Allah sendiri. Tidak ada yang melihat, mendengar dan bercakap selain Allah sendiri. Tidak  ada pemberi dan penerima atau penjaga selain Allah sendiri.
11.Guru lebih mementingkan hakikat dalam daripada pandangan luar. Pada permulaan salik menggunakan biji-biji tasbih, ibadat biasa dan berkelakuan wara’ . Semakin ia bertambah maju kehadapan, di dapatinya semua itu kosong. Dia melepaskan jalan selamat dan menggunakan jalan malamat (iaitu melepaskan upacara-upacara dan peraturan biasa, dan mempraktikkan ibadat  yang sebenar-banarnya). Jika anda ingin melupakan diri anda, masuklah dalam kedai minum, dan lihatlah apa yang boleh di lakukan oleh kedai minum dan penjaga kedai minum itu kepada anda. Di sana anda akan menyedari makna ;
            “ Katakanlah, ruh itu adalah daripada urusan Tuhan ku “
Kedai minum yang di maksudkan di sini ialah suasana seseorang yang tenggelam dalam cinta kepada Allah. Hukum-hukum syariat adalah untuk badan dan bukan ruh:
Yang bererti: “ Pada hari itu bumi ini akan bertukar menjadi bumi lain “. Keadaan batin tidak ada perbatasan. Zannun al-Misri memerintahkan muridnya yang telah 40 tahun beribadat supaya melepaskan ibadatnya kecuali yang fardhu dan  sunnat.
12.Dunia ini ialah hembusan nafas Allah. Ianya adalah perbatasan Fayd-i-Rahmani. “ Al-alamu karbun min karbun-Rahman “. Dunia ini adalah hembusan nafas dari Allah. Di hadapan Allah anda boleh mencapai fana sekelip mata.

Yang bererti: “ Satu hari dengan Allah adalah 1.000 tahun yang  kamu kira “.

sumber :https://jiwa2kegelapan.wordpress.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar