Berkata Syeikh Sharif Abdul Malik bin Syarif Abdullah (Tok Ku Pulau Manis-Pensyarah Kitab Hikam Ibnu 'Ataillah Al Sakandari (Syarah Hikam Jawi):
"Wahai saudaraku,
Berjalanlah dirimu kepada Tuhan
dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat.
Syariat itu adalah pakaian Nabi,
tarekah itu adalah perjalanan Nabi,
hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi.
Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik,
hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik.
Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu
kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat
tidak menjamin akan kebenaran hakikat,
justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat
dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat
melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah.
Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya,
engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah,
amat kuat berpegang pada syariat,amat wara’ dalam setiap pekerjaan
,amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah,
amat kuat ibadahnya,amat baik akhlak jiwanya,
amat kuat tawakalnya,
amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul.
Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa,
ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya
sehingga tembus penglihatannya
pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya.
Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya.
Berbahagialah mereka yang mencapainya dan
merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki
baik dunia atau akhirat,
Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai
kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya
sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan,
mengaku dirinya jelmaam Tuhan,
mengaku dirinya dan Tuhan bersatu
sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat.
Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau
pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin.
Mereka cuba bercakap ilmu para sufi
namun mereka gagal dalam menyelami rahsia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”.
Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah
sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai
atau terpisahnya api dengan asap."
#RumiSufiJawi #BelajarSampaiMati #DakwahSampaiMati #ZiarahTokKuPulauManis #TerkenangkanMahaGuruKamiTuanGuruPakSuHamidGunongKelantan #LaskarASWAJA٣١٣ #HijrahCinta٣١٣ #AhlulBadr٣١٣ #LaskarCinta٣١٣ #SeruDenganHikmah #PencetusUmmah #SufiJalananNabi #UstazSyedAhmadFaiz #PUFaiz #DuniakuDakwahku
Tidak ada komentar:
Posting Komentar