MAKHLUK TIDAK BERZAT,
MAKHLUK TIDAK BERSIFAT,
MAKHLUK TIDAK BERASMA',
MAKHLUK TIDAK BERAFA'AL
SEKIRANYA JIKA
ALLAH TIDAK TAJALLIKAN ZAT SIFAT ASMA' DAN PERBUATANNYA ITU...
Bicara Ujud ialah bicara Zat...
Sebenar - benar yang wujud hanya Allah Yang Esa.
Dipandang pada keEsaannya tiada tuhan tiada hamba, yang ada hanyalah keEsaanNya...
Allah telah mencipta makhluk adalah untuk memperkenalkan dirinya...
Allah telah mentajallikan zatnya kepada sifatNya,
dari sifatnya ditajallikan asma'Nya,
dari asma'Nya dizahirkan afa'alNya..
Pentajalian atau penzahiran dari zat Allah hinggalah kepada Afa'alNya itulah
yang dipanggil sebagai makhluk Allah...
Allah zahirkan zat sifat asmak dan afa'alNya,
Penzahiran zat sifat asma' dan afa'al Allah inilah yang dipanggil makhluk..
Makhluk tetap bersifat dengan sifat aslinya iaitu
bersifat dengan sifat yang mustahil atau berlawanan bagi Allah.........
Segala sifat yang wajib kepada Allah yang ternyata kepada makhluk
sebenarnya sifat Allah yang telah ditajallikan oleh Allah
untuk memperkenalkan dirinya semata mata ..
Ingatlah...!
Iktikad sebagai makhluk setelah ditajallikan Afa'al Allah ..
Tuhan menciptakan makhluk dengan pentajalian afa'al Nya dan
dalam penciptaan makhluk itu Tuhan
telah meletakkan keupayaan melakukan perbuatan.
Perbuatan makhluk adalah ciptaan Tuhan bukan perbuatan Tuhan.
Makhluk menggunakan bakat dan keupayaan yang Tuhan bekalkan kepada mereka
bukan makhluk menggunakan perbuatan Tuhan untuk melakukan perbuatan.
Perbuatan Tuhan tidak bersamaan dengan perbuatan makhluk.
Tuhan menciptakan makhluk dan sifat-sifat mereka
tetapi Tuhan bukanlah alat kepada sifat-sifat tersebut.
Tuhan yang menciptakan perbuatan
tetapi bukanlah Tuhan yang bergerak dalam pancaindera makhluk
untuk melahirkan perbuatan.
Kedua-dua nilai iaitu ketaatan dan keengkaran ada dalam diri manusia,
dalam takdir yang Tuhan pertaruhkan pada manusia.
Tuhan meletakkan di dalam takdir manusia itu sesuatu yang unik,
iaitu keupayaan atau bakat untuk membuat pilihan.
Memilih untuk berbuat taat atau berbuat maksiat
merupakan bakat asasi manusia yang dkurniakan oleh Tuhan.
Ia merupakan takdir yang Tuhan tentukan sejak azali
dan ia juga termasuk dalam perkara Qadak dan Qadar.
Bakat memilih itulah yang melahirkan
usaha, perasaan, fikiran, pertimbangan dan tindakan.
Semua itu adalah sifat atau bakat fitrah manusia.
Kebolehan manusia membuat pilihan
tidak sedikit pun mencabar kehendak Tuhan
kerana memang kehendak Tuhan menjadikan manusia
berkeupayaan membuat pilihan,
tetapi Tuhan yang memegang kemutlakan.
Dia berkuasa menggunakan Kuasa Mutlak-Nya menurut kehendak-Nya
tanpa terikat dengan bakat manusia yang Dia sendiri takdirkan begitu.
Memang benar Tuhan telah mengadakan ketentuan sejak azali,
tetapi ia bukan seperti yang kita fikirkan, sangkakan, khayalkan dan angankan.
Apa sahaja yang pada sisi Tuhan tetap tidak serupa
dengan apa yang terlintas pada fikiran, khayalan, angan-angan dan perasaan manusia. Sebab itulah iman yang paling tinggi adalah
iman siddiqin, iman tanpa hujah tanpa takwil.
Tidak ada sesiapa yang boleh menjadikan takdir untuk berbuat jahat.
Iblis telah meletakkan kesalahan kepada takdir
lalu dia menjadi durhaka, kafir dan dilaknati oleh Tuhan,
dibuang jauh daripada keampunan-Nya dan
ditutup jalan untuk kembali kepada-Nya.
Adam a.s mengakui kesalahan dirinya, tidak menyalahkan takdir,
dan memohon keampunan dari Tuhan.
Tuhan mengampunkan Adam as.
Dan menyelamatkannya.
Percaya kepada takdir secara yang ditunjukkan oleh Adam a.s adalah benar beriman
kepada Qadak dan Qadar.
Percaya kepada takdir seperti yang telah ditunjukkan oleh iblis
bukanlah beriman kepada Qadak dan Qadar yang disuruh oleh Tuhan.
BUKAN ALLAH NYATAKAN SEGALA ZAT SIFAT ASMA' DAN AFA'ALNYA
UNTUK DISEKUTUKAN ANTARA PERBUATAN MAKHLUK DAN PERBUATANNYA TETAPI
UNTUK DIESAKAN DIDALAM BENTUK YANG KITA PANGGIL TAUHID - MENGESAKAN ALLAH...
Wallahua'lam
#paksyeikh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar