Selasa, 03 November 2015

HAKEKAT TAUHID

 WAHAI hamba Allah!

 Sedarkanlah dirimu,
 bahawa engkau sangat memerlukan Allah.
 Itu sajalah tempat harapanmu, 
 baik di dunia, apatah lagi nanti di akhirat.

 Oleh itu berkenal kenallah dengan Allah selama di dunia ini,
 supaya engkau dikenali Allah nanti di akhirat. 
 Ingat, jangan sekali kali engkau menyangkutkan hatimu kepada Ghairullah, 
 yakni selain Allah, kerana selain Allah itu semuanya memerlukan kepada Allah jua.

 Bergantunglah kepada yang pokok, kerana batangnya teguh.
 Jangan bergantung kepada dahan, kerana ianya rapuh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar