Rabu, 04 November 2015

~ MATA MANUSIA TIDAK MAMPU MELIHAT ALLAH S.W.T

...
.
🌹“Ya Allah, 
aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, 
dari hati yang tidak khusyu’, 
dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan
dari doa yang tidak dikabulkan.”(HR Muslim 4899)🍃
.
❤{ ~ MATA MANUSIA TIDAK MAMPU MELIHAT ALLAH S.W.T. ~ }❤
.
🌹Lemah dan sangat terbatasnya kemampuan alat penglihatan manusia, 
menyebabkan mereka tidak mampu untuk melihat Allah S.W.T.🍃
.
🍄Seandainya Allah S.W.T. menampakkan wujud-Nya, 
nescaya mata manusia akan buta. 
Bahkan seluruh tubuh manusia itu akan rosak binasa disebabkan KeAgungan dan KeHebatan Dzat Allah S.W.T.🍃
.
🍄Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam Firman-Nya melalui sebuah hadis Qudsi (yang bermaksud):🍃
.
🌹"Hai Musa!, Engkau sekali-kali tidak akan dapat melihat-Ku. 
Sungguh mahkluk hidup pasti akan mati kerana melihat-Ku, 
yang basah pasti menjadi kering kontang, 
yang kering pasti bertaburan, 
yang dapat melihat-Ku hanyalah penghuni Syurga 
dan tidak akan mati pandangannya serta tidak akan hancur binasa tubuhnya".
(Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Ibnu Abbas).🍃
.
🍄Berdasarkan kepada hadis Qudsi di atas, 
dapat kita ketahui bahawa yang dapat melihat Allah S.W.T. hanyalah penghuni Syurga. Kerana setelah mereka mati, diciptakan semula oleh Allah S.W.T. 
dengan sifat-sifat kesempurnaan, kekal selama-lamanya, 
dilenyapkan segala kelemahan-kelemahan manusia 
sehingga mereka sanggup untuk melihat Allah S.W.T. 
bahkan mereka memperolehi kenikmatan ketika memandang kepada-Nya.🍃
.
🍄Bagaimanapun, 
tiada seorang juapun yang mengetahui hakikat memandang tersebut dan cara-caranya. Sedangkan para ulama salaf berpendapat bahawa soal ru'yah (memandang) itu berpangkal pada `Bila Kaifa' (tidak tahu bagaimana caranya), 
sehingga kita tidak dapat memperkirakan atau menggambarkannya.🍃
.
🌹Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
🍄"Maka tiada seorangpun yang mengetahui apa-apa yang dirahsiakan untuk mereka, 
iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata 
sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan".
(Surah al-Sajdah: 17).🍃
.
Hari :Rabu
.
22 Muharam 1437H
.
04 November 2015

Tidak ada komentar:

Posting Komentar