Pemahaman Tentang Dua kalimah syahadah -
( yang terhimpun didalamnya syariat, tarikat, hakikat dan makrifat).
Oleh kerana penerangan ini untuk memudahkan kepada faham,
yang berkeinginan untuk mendapat hidayah dari Allah,
berdoalah kepada Allah dan bertanyalah kepada guru makrifat....
Bagaimana nak berguru kepada Allah..
Untuk belajar menerima kebenaran belajar lah dari peristiwa Nabi Musa
dengan Nabi Khidir,
(jangan dipersoalkan) ilmu ini
bukan ilmu yg di cipta daripada daya pemikiran sifat tabi'ei fizikal tetapi ilmu kerohanian....
.
Ilmu awal didalam ugama iaitu auwaluddin makrifatullah
@ bersih dari sebarang syirik @ tetap diatas iktiqad dan tauhid
Yang boleh terima, terimalah yang tidak bersesuaian lupakan saja..
Untuk memudahkan kepada faham:-
Penyaksian dan pengucapan dua kalimah syahadat sebenarnya adalah Muhammad mengaku Allah sebagai Tuhan, dan Pengesahan Allah kepada Muhammad sebagai Rasul, Pengakuan dan penyaksian ini berlaku didalam diri kita sendiri,
Bila kita menyebut atau mengatakan Allah menjadikan sesuatu hendaklah kita faham dan beriktikad dengan iktikad selain dari Allah tidak ada, hanya Allah sahaja yang ada.
Dengan berfahaman dan beriktikat sebegini disetiap saat dan
ketika bermakna kita sedang mengaplikasikan "Laa ilaha illallah
- Tiada Nyata Hanya Allah" didalam kehidupan seharian kita....
Untuk berpegang dengan iktiqad sebegini,
bukan sekadar memperkatakan
tetapi hendaklah mengikut Firman Allah berkaitan iktiqad dan tauhid
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan
menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini
supaya mereka beringat;
dalam pada itu,
penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka
melainkan bertambah liar.
Cuba kita bicarakan bagaimanakah kita nak berpegang dengan ilmu pengetahuan kita secara terus tanpa sebarang taklid supaya kita tidak mensyirikkan Allah...
Apakah sebenarnya Syirik itu ?
Syirik ialah menduakan samada (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah,
atau mengadakan tuhan yang lain selain dari Allah...
Asas syirik ialah meletakkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah, termasuk kepada diri sendiri iaitu keakuan diri sendiri
Cuba kita mengambil faham dari asalnya...
Asal mulanya hanya Allah sahaja yang ada,
semasa ia bersendirian dia tidak bernama,
ketika ini tiada tuhan tiada hamba....
Hanya zatnya ( kewujudannya ) sahaja...
Tiada yang lain...
Dalam keadaan ini Ia dikatakan berada didalam keadaan perbendaharaan
yang tersembunyi,
Kasih ia kepada zatnya sendiri,
dia suka untuk memperkenalkan dirinya sendiri,
maka dizahirkan dirinya didalam bentuk sifatnya,
namanya dan perbuatannya sendiri...
Apabila terzahirnya penzahiran yang pertama yang dinamakan Nur Muhammad,
maka ia pun menamakan dirinya sebagai Allah..
Ketika terzahirnya Nur Muhammad disini juga telah berlakunya perebutan siapa Tuhan
( maksudnya Allah mengatakan dia tuhan dan Nur Muhammad
juga mengakui dia adalah Tuhan
(sebab Nur Muhammad telah merasai sifat-sifat yang wajib bagi Allah adalah Miliknya)....
Disini diceritakan satu cerita untuk membawa kepada Faham juga,
berlakulah dialog diantara Allah dengan Nur Muhammad...
Allah mengatakan dia tuhan begitu juga Nur Muhammad mengatakan ia Tuhan...
Disini berlaku satu permainan sorok-sorok... (Menghampirkan kepada faham jua)
Perjanjian telah dibuat diantara Allah dengan Nur Muhammad,
siapa yang jumpa siapa dialah Tuhan....
Mula-mula giliran Nur Muhammad menyembunyikan dirinya,
dengan senang Allah menjumpainya...
Sampai masanya Allah menyembunyikan dirinya,
maka Nur Muhammad tidak dapat menemui Allah,
Maka mengakulah Nur Muhammad akan ketuhanan Allah
dengan kalimah Laa ilaha illallah...
Setelah Nur Muhammad mengakui akan ketuhanan Allah
maka Allah pun mengakui akan kerasulan Muhammad
dengan Kalimah Muhammadar Rasulullah...
Inilah asal dua kalimah syahadah...
Kenapa Nur Muhammad tidak dapat mencari Allah ?
Sebab Allah telah menyembunyikan dirinya didalam Nur Muhammad.....
Allah telah menzahirkan dirinya dari satu penzahiran kesatu penzahiran,
Allah telah menyatakan dirinya dari satu kenyataan ke satu kenyataan.
Pada satu penzahiran dan kenyataan dinamakan dengan satu nama lain...
Penzahiran dan kenyataan Allah inilah yang dipanggil sebagai makhlok...
Makhlok sebenarnya adalah merupakan penzahiran atau kenyataan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah dan dinamakan dengan pelbagai nama....
Ada makhlok atau selain dari Allah itu sebenarnya merupakan penzahiran atau kenyataan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri, yang dinamakan dengan makhlok....
Sebenarnya makhlok itu menyatakan penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah, makhlok tidak mempunyai ujud sendiri, kenyataan (zat, sifat, nama dan perbuatan)
Allah dikatakan ujud makhlok...
Firman Allah:
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Dan pada bumi ada tanda-tanda
(yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah)
bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan juga pada diri kamu sendiri.
Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Dengan ini menunjukkan kepada kita bahawa makhlok tidak pernah ada
kerana adanya makhlok sebenarnya kenyataan dan penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri..
Jadi ada makhlok hanya ada pada sebutan, tidak pernah ada pada hakikatnya...
Ini adalah satu cerita kiasan untuk kita renungi... P
ara Rasul, Nabi, Auliak, Ulamak terdahulu tinggi dengan kiasan..
Allah juga menggunakan bahasa kiasan didalam firmannya,
sebab itu didalam ayat Quran ada ayat-ayat yang tidak dapat difahami secara terus
oleh para sahabat dan memerlukan kepada pentafsiran melalui Nabi Muhammad
yang dipanggil sebagai hadis...
Bukan semua orang boleh memahami bahasa Al-quran ini,
bahasa Al-quran ialah Kalam Allah sendiri, iaitu kata-kata Allah sendiri...
Oleh kerana Nabi Muhammad berbangsa Arab maka Allah telah memberikan dan mengilhamkan al-quran iaitu kata-kata Allah kedalam bahasa Arab ...
Sebenarnya kata-kata Allah itu adalah bahasa Allah sendiri,
Allah tahu semua bahasa,
orang yang hampir dengan Allah akan diberi faham melalui kalamullah...
Carilah Al-Quran yang terpelihara,
yang tidak makan dek api,
tak basah dek hujan,
yang Allah pelihara sehingga ke hari Akhirat.
29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 49)
بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَۚ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ
(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi)
bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata,
yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan
tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami
melainkan orang-orang yang zalim.
75.Surah Al-Qiyāmah (Verse 17)
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu),
dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
75.Surah Al-Qiyāmah (Verse 18)
فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
Oleh itu,
apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya,
maka bacalah menurut bacaannya itu;
75.Surah Al-Qiyāmah (Verse 19)
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan
menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
Cuba kita lihat pentajalian Allah didalam tiga peringkat iaitu
dari Allah, Muhammad dan Adam..
Allah kita semua tahu, Dialah yang menjadikan makhlok yang zahir dan batin..
Allah berfirman huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru, huwal batinu..
Dari sini cubalah sama-sama kita cari
apakah makna tersirat dari perkataan menjadikan itu...
Muhammad - Nabi pernah bersabda " Ana abu ar-ruh, wa adam abu basyar "
Dari Makna sabda Nabi ini dapatlah kita tafsirkan bahawa Muhammad itu adalah
asal kejadian roh, Allah beritahu bahawa dia meniupkan ruhNya ( Rohullah )
kedalam jasad Adam, maka disini pecahkanlah rahsia ruh ini...
Diantara firman Allah " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,
serta Aku tiupkan padanya roh Ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".
dan sabda nabi Muhammad Aku bapa atau asal kejadian Ruh....
Bertanyalah kepada guru mursyid....
Dari sabda Nabi juga telah menerangkan kepada kita dan
Adam bapa atau asal kejadian Jasad...
Asal kejadian jasad kita adalah dari Adam,
Asal kejadian ruh kita dari Muhammad,
asal kejadian Muhammad dari Allah.
Kalau mengikut pentajalian dari permulaan bahawa
Dari Allah ditajallikan Muhammad (asal kejadian roh),
dari Muhammad ditajallikan Adam...
Allah memberitahu kepada kita dia menjadikan Muhammad kerana dia,
hanya Muhammad yang mengenal Allah sebab Hanya Muhammad yang dizahirkan
dari zat Allah, penzahiran yang terkemudian adalah dari Muhammad ( iaitu sifattullah ) sebab itulah Allah ada berfirman kejadikan keseluruhan alam kerana Muhammad, maksudnya dari segi penzahiran,
kesemuanya terzahirnya dari sifatullah ( yang dinamakan Muhammad ),
hanya sifat Allah yang terzahir dari Zatnya....
Boleh juga disebut dari zat Allah ditajallikan sifat Allah,
dari sifat Allah ditajallikan nama Allah,
dari nama Allah ditajallikan perbuatan Allah
( ianya berlaku secara tertib yang selalu disebut dengan fitratullah)
Cuba kita lihat firman Allah didalam hadis Qudsi "
Insan itu rahsia aku,
Aku rahsia insan,
rahsia itu sifat Aku,
sifat itu tidak lain daripada Aku"
Seperti yang diketahui seperti diatas bahawa sifat Allah ialah Muhammad,
dapatlah diertikan insan itu rahsia Allah,
Allah itu rahsia insan,
rahsia itu ialah Muhammad,
Muhammad itu tidak lain dari Allah..
Muhammad pula adalah asal kejadian roh.
Carilah rahsia muhammad pada roh....
Cuba kita korek rahsia insan
Insan terdiri dari :-
- Yang rahsia iaitu kenyataan dari
( huwal auwalu huwal akhiru - maksudnya Dia iaitu zat Allah dari Awal dulu semasa dia bersendirian sekarang dan sampai bila-bila pun, hanya dia yang nyata,
hanya dia yang ada.. Menjadi rahsia Insan )
- Yang batin iaitu yang tersembunyi
( Allah juga berfirman huwal batinu, dialah yang batin )
ternyata kepada diri insan sebagai roh,-
Asal kejadian roh dari Muhammad berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad
"Aku adalah asal kejadian roh Ana abu ar-ruh )
- yang nyata ( Allah juga berfirman huwaz zohiri - Dialah yang zahir )..
Ternyata kepada diri insan sebagai jasad -
Asal kejadian jasad dari Adam berdasankan kepada sabda nabi dan
adam adalah asal kejadian kepada jasad..
Dari sini cuba kita lihat bahawa insan itu terdiri dari diri rahsia Allah
( huwal auwalu, huwal akhiru).
Kedua dari diri batin Allah iaitu (huwal batinu) dan
ketiga diri zahir Allah ( huwaz zohiru ) dipanggil dengan nama insan atau manusia...
Jadi sebenarnya manusia itu adalah satu nama yang telah diberikan
untuk menerangkan diri Dia yang awal, Dia yang akhir, Dia yang batin dan Dia yang zahir)..
Ini menunjukkan manusia itu hanyalah satu nama bagi penzahiran Allah
yang tidak ada apa-apa pun padanya...
Jadi segala zat, sifat, nama dan perbuatan yang terlihat pada zahir, batin dan rahsia manusia itu kesemuanya menceritakan akan tajalli Allah...
Dari sini fahamlah kita bahawa rahsia manusia itu Allah
Roh manusia itu Muhammad
Jasad manusia itu Adam
Kita semua disini faham dan tahu yang Allah menghidupkan roh ( Muhammad),
roh pula menghidupkan jasad ( Adam ) -
Ini adalah kata-kata bagi menunjukkan tertib nya penzahiran Allah mengikut fitratullah....
Jasad (Adam) sebenarnya mati,
jika tidak dihidupkan oleh roh ( Muhammad),
Muhammad juga tidak hidup jika tidak dihidupkan oleh Allah...
Membawa makna hanya Allah yang hidup dan menghidupkan roh..
Ini bersesuaian dengan firman Allah
"سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami keseluruh ufuk alam dan pada DIRI MEREKA SENDIRI,
hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar.
Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
(Fushshilat 53).
Lagi firman Allah yang bermaksud;
”Semua yang ada adalah fana (binasa).
Dan yang baqa (kekal) itu adalah wajah Tuhanmu
yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (Ar-Rahman: 26-27).
Secara keseluruhannya segala sifat yang wajib bagi Allah hanya milik Allah Sahaja....
Selain dari Allah bersifat dengan segala sifat yang mustahil bagi Allah...
Contoh nya Allah bersifat dengan sifat ada, selain dari Allah bersifat dengan sifat tidak ada, Allah bersifat dengan sifat hidup, selain dari Allah bersifat dengan sifat mati.
Inilah yang mesti difahamkan apabila kita menghuraikan yang Allah itu
bersifat dengan sifat bersalahan Allah bagi segala yang baharu....
Iaitu faham daripada mula asal diantara Allah dengan makhlok
sebelum pentajalian berlaku...
Setelah berlakunya pentajalian Allah kepada makhlok
sifat Allah sedia kekal seperti dahulu juga,
sedia kekalnya sifat Allah dari dahulu sekarang dan selama-lamanya...
Kepada yang sudah boleh berada kepada kesedaran roh (Muhammad),
cuba rasa sendiri roh itu ada atau tidak ada,
roh itu mendengar atau tidak mendengar dan
bandingkan segala sifat yang wajib bagi allah yang lain...
Jika kita rasa roh mendengar, roh melihat, roh berkata-kata
( ini menerangkan kepada kita bahawa
Muhammad sedang mengaku dirinya sebagai tuhan)..
Firman Allah
20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Akulah Allah;
tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu,
sembahlah akan Daku,
dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
Allah sudah dari asal lagi sudah mengaku dirinya sebagai tuhan
( Dialah yang awal, Dialah yang akhir, dialah yang batin dan dialah yang zahir)
- Allah telah menyembunyikan dirinya didalam Muhammad
( maksudnya segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada (roh) Muhammad itu adalah
sifat Allah sendiri tetapi tidak disedari oleh roh. (Muhammad)..
maksudnya Roh (Muhammad) sedang menyedari bahawa sifat yang wajib bagi Allah
yang ternyata kepada roh ( Muhammad) adalah sifat (roh) Muhammad sendiri.
Muhammad tidak mampu mencari Allah diluar dari dirinya
akhirnya dia mengakuilah bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah
yang ternyata pada Muhammad itu sebenarnya sifat Allah.
Apabila roh (muhammad) menyedari dan mengakui bahawa
segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata kepada Roh ( Muhammad) adalah
sifat Allah sendiri,,, disinilah tertunai Kalimah tauhid (Laa ilaha illallah)
inilah yang dikatakan Muhammad mengaku Allah sebagai tuhan.
Muhammad ( roh ) yang telah mengaku sifat yang wajib bagi Allah
yang ternyata padanya itu adalah sifat Allah sendiri...
Roh (Muhammad) inilah yang telah diperakui oleh Allah sebagai hamba dan pesuruhnya yang ditajallikan atau dianugerahkan sifat terpuji Allah iaitu
sidiq, amanah, tablik dan fatonah...
Disinilah ternyatanya kalimah rasul Muhammadar Rasulullah....
Laa ilaha illallah - Muhammad mengaku Allah sebagai Tuhan
Muhammadar Rasulullah - Allah mengaku Muhammad sebagai rasul...
Allah ialah zat kepada Muhammad
Muhammad ialah sifat kepada Allah...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar