FIRMAN ALLAH TELAH MENJELASKAN BAHAWA
ALLAH ADALAH TUHAN SEKALIAN ALAM.....
6. Surah Al-'An`ām (Verse 45)
فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُواۚ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya.
Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut):
"Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam".
6.Surah Al-'An`ām (Verse 102)
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
yang menciptakan tiap-tiap sesuatu,
maka beribadatlah kamu kepadaNya.
Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.
6.Surah Al-'An`ām (Verse 162)
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah:
"Sesungguhnya
sembahyangku dan
ibadatku, hidupku dan
matiku,
hanyalah untuk Allah
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 89)
قَدِ افْتَرَيْنَا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا إِنْ عُدْنَا فِي مِلَّتِكُم بَعْدَ إِذْ نَجَّانَا اللَّهُ مِنْهَاۚ وَمَا يَكُونُ لَنَا أَن نَّعُودَ فِيهَا إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّنَاۚ وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًاۚ عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَاۚ رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
"Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah,
jika kami berpindah kepada agama kamu
sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya.
Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali,
kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya.
Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu.
Kepada Allah jualah kami bertawakal.
Wahai Tuhan kami,
hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan),
kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim".
10.Surah Yūnus (Verse 30)
هُنَالِكَ تَبْلُو كُلُّ نَفْسٍ مَّا أَسْلَفَتْۚ وَرُدُّوا إِلَى اللَّهِ مَوْلَاهُمُ الْحَقِّۖ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Pada masa itu tiap-tiap diri dapatlah mengetahui (dan merasai)
akan apa yang telah dikerjakan
dan mereka dikembalikan kepada Allah
Tuhan mereka yang sebenar-benarnya (yang akan membalas dengan adilnya);
dan (dengan itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.
13.Surah Ar-Ra`d (Verse 33)
أَفَمَنْ هُوَ قَائِمٌ عَلَىٰ كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْۗ وَجَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ قُلْ سَمُّوهُمْۚ أَمْ تُنَبِّئُونَهُ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي الْأَرْضِ أَم بِظَاهِرٍ مِّنَ الْقَوْلِۗ بَلْ زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مَكْرُهُمْ وَصُدُّوا عَنِ السَّبِيلِۗ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Setelah diketahui demikian
maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas,
tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu,
(dengan makhluk yang tidak bersifat demikian).
Dalam pada itu,
mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah.
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu).
Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah
akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi?
Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir
(sedang pada hakikatnya tidak demikian)?"
Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu
akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam),
dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar.
Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah)
maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
25.Surah Al-Furqān (Verse 58)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati;
serta bertasbihlah dengan memujiNya;
dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 77)
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ
"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu,
(aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
1:20
Adnan Dahalan
Untuk sampai kepada menenal Allah bukanlah dengan ilmu pengetahuan
kerana Allah sendiri telah menjelaskan didalam firmannya
18.Surah Al-Kahf (Verse 109)
قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Lagi firman Allah
79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 17)
اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ
(Lalu diperintahkan kepadanya):
"Pergilah kepada Firaun,
sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 18)
فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰ أَن تَزَكَّىٰ
"Serta katakanlah kepadanya:
`Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 19)
وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu,
supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
Firman Allah berkaitan iktiqad tauhid.
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat;
dalam pada itu,
penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
KESIMPULANNYA ;
UNTUK MENGENAL ALLAH, SETIAP BADAN DIRI SENDIRI
MESTI MELAKUKAN SALAH SATU DARI PELBAGAI JALAN DAN CARA
UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD DAN TAUHID
SEPERTI YANG ALLAH MEMBERIKAN PENJELASAN DIDALAM AL-QURAN
Dikirim dari Messenger
Tidak ada komentar:
Posting Komentar