Al-Mu'minūn:86 - Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arash yang besar?"Al-Mu'minūn:116 - Maka Maha Tinggilah Allaha Raja yang haq; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Arash yang mulia.
Al-Furqān:59 - Yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arash, Al Rahman; maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.
Ţāhā:5 - Iaitu Al Rahman, yang bersemayam di atas Arash.
An-Naml:26 - "Allaha! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Arash yang besar".
Az-Zumar:75 - Dan engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arash dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan mengucapkan: "Segala puji bagi Allaha Tuhan seluruh alam!"
Ghāfir:7 - Malaikat yang memikul Arash dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman: "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.
Al-Ĥāqqah:17 - Sedang malaikat-malaikat mengawal segala penjurunya, dan Arash Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat.
Ghāfir:15 - Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arash; Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, supaya Ia memberi amaran tentang hari pertemuan,
Al-'Isrā':42 - Katakanlah: "Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada pemilik Arash.
Al-'Anbyā':22 - Kalau ada tuhan-tuhan yang lain dari Allaha, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka Maha Suci Allaha, Tuhan Arash, dari apa yang mereka sifatkan.
At-Tawbah:129 - Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah: "cukuplah bagiku Allaha, tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arash yang besar."
Fasal pada menyatakan peri kejadian A'rasha (Arash)
Adapun Arash itu iaitu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada manikam yang hijau dan adalah terlebih besar daripada segala yang di jadikan Allaha Taa’laya seperti cerita daripada Jaa’faro bana Maa’aza ia mendengar daripadanya neneknya rodhoya Allaha a’nahama katanya adalah bagi Arash itu seketi dua laksa empat ratus ribu tiangnya. Dan bahawasanya antara satu tiang kepada satu tiangnya itu sekira-kira terbang burung yang pantas tiga puluh ribu tahun tiada sampai ia dan adalah Arash itu tujuh puluh ribu lidah mengucap tasbih ia akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya dengan berbagai-bagai bunyinya dan di hiasi akan Arash itu pada tiap-tiap hari tujuh puluh warna daripada nur. Maka tiada kuasa menilik kepadanya seorang jua daripada makhluk dan jika di banding dengan yang lain daripada Arash itu maka adalah seperti umpama suatu halakah yang di campak pada padang jua.
Kata Kaa’ba Al Ahabaaro bahawasanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan seekor ular yang bernama Hayata Al Kabaroya dan adalah ia mengeliling Arash dengan tiga balik maka kepalanya daripada mutiara yang putih dan tubuhnya daripada emas yang merah dan kedua matanya daripada yaakut dan besarnya tiada seorang jua pun mengetahui akan besarnya hanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang mengetahuinya dan jika di hulurkan ekornya daripada Arash sampai kepada tujuh petala bumi hingga pusatnya tiada sampai jua dan pada tiap-tiap bulu sayapnya itu seorang malaikat mengucap tasbih kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya.
Kata Wahaba bana Manabaha bahawasanya adalah di dalam Arash itu empat sungai. Pertamanya daripada sungai mutiara yang gilang, kedua sungai putih airnya daripada susu dan kerusi daripada mutiara dan anak batunya daripada yaakut yang merah dan ketiganya sungai daripada air yang beku lagi putih airnya seperti susu yang amat putih, yang keempat sungai yang mengalir airnya dan adalah ia di bawah A’raba itu suatu maka ialah di turunkan Allaha Taa’laya ruh segala yang bernyawa dan daripada ialah turun hujan dengan izin Allaha Taa’laya maka jadi hujan langit hingga sampai pada suatu tempat yang bernama Abaroma.
Maka di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan awan itu menurunkan hujan maka tiada turun setitik daripada hujan melainkan adalah sertanya seorang daripada malaikat. Maka di hantarkan malaikat itu daripada titik air hujan itu daripada tempatnya. Maka tiada turun air hujan setitik hanya di sukat dan di timbang melainkan pada masa taufan nabi Allaha Nawaha (Nuh) A’layaha Al Salama tiada di sukat dan tiada di timbang jua.
Kata sayadana A’laya (Ali) rodhoya Allaha a’naha adalah pada langit itu suatu pintu yang bernama Majaroba daripada pintu itu tempat turun segala malaikat dan daripadanyalah turun air pada masa taufan nabi Allaha Nawaha A’layaha Al Salama. Adapun malaikat yang menanggung Arash itu empat orang jua iaitu Israfil ialah yang terlebih hampir daripada segala malaikat kepada Allaha Taa’laya. Maka di tambah pula malaikat menanggung Arash itu pada hari kiamat empat orang jadilah delapan orang seperti firmannya di dalam Qoraana Wa Yahamala A'rosha Robaka Fawaqo Hama Yawamaza Tsamaanayata ertinya yang menanggung Arash tuhan kamu ya Mahamada pada hari kiamat itu delapan orang malaikat.
Dan adalah rupa mereka itu seperti rupa kambing hutan dan adalah antara satu tanduk kepada satu tanduk itu kira-kiranya enam ratus tahun perjalanan dan adalah Arash itu atas tanduk mereka itu dan adalah antara telinganya dengan batang lehernya kiranya enam ratus tahun perjalanan. Dan adalah antara dua mulutnya dan dua tapak kakinya kira-kiranya lima ratus tahun perjalanan. Kata Ahli Al Tafsir pada Barohana firman Allaha Ta’alaya di dalam Qoroana Al Zayana Yahamalawana Al A'raosha Wa Mana Hawalaha ertinya segala malaikat yang menanggung Arash dan yang mengeliling dia maka mereka itulah yang Karabayawana (karib).
Kata sayadana A’basa mereka itulah penghulu segala malaikat dan kata Abana A’basa rodhoya Allaha a’nahama bahawasanya segala malaikat yang menanggung Arash itu adalah tiap-tiap daripada antara dua mata kakinya kira-kiranya lima ratus tahun perjalanan dan pada suatu riwayat adalah tapak kakinya sampai kepada bawah tujuh petala bumi dan tujuh petala langit itu hingga pinggangnya jua dan adalah segala malaikat mereka itu mengucap tasbih akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya demikian bunyinya Sabahaana Zaya Al Malaka Wa Al Malakawata Sabahaana Zaya Al A’zata Wa Al Jabarowata Sabahaana Al Haya Alazaya Laa Yamawata Sabawaha Qodawasa Roba Al Malaakata Wa Al Rowaha. Kata Masayaroha abana A’rowabaha bahawasanya kaki mereka itu sampai kepada tujuh petala bumi dan kepada mereka itu lampau daripada tujuh petala langit maka adalah mereka itu merendahkan dirinya kepada Allaha Taa’laya dan lagi tiada mengangkatkan kepadanya segala juapun kerana takut akan Allaha Taa’laya.
Kata Majaahada bahawasanya adalah antara Arash dan segala malaikat yang menanggung akan Arash itu tujuh puluh ribu hijab daripada nur. Kata Mahamada bana Manakadaro ia mendengar daripada Jaabaro rodhoya Allaha katanya telah bersabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kepada aku ertinya Hai Jabar, hampir engkau akan daku hendak menceritakan daripada segala malaikat yang menanggung Arash Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Bahawasanya adalah antara cuping telinganya kepada batang lehernya sekira-kira tujuh ratus tahun perjalanan.
Dan lagi kata Majaabaha adalah antara langit yang ketujuh dan antara Arash itu hijab daripada zholamat dan suatu hijab daripada nur dan suatu hijab daripada zholamat pula. Segala malaikat yang menanggung Arash itu sekeliannya tawaf seperti kata Wahaba bana Manabaha bahawasanya adalah segala malaikat itu tawaf yakni mengeliling akan Arash itu tujuh puluh ribu saf iaitu suatu saf di belakang suatu saf. Apabila berhadap setengahnya maka setengah mereka itu mengucap tahlil dan setengah mengucap takbir dan adalah di belakang saf mereka itu tujuh puluh ribu saf pada malaikat berdiri dan adalah tangan mereka itu pada lehernya.
Maka apabila mendengar mereka itu takbir dan tahlil malaikat yang dahulu itu maka mereka itupun menyaringkan suaranya dengan mengucap tasbih demikian katanya Sabahaanaka Wa Ba Hamadaka Aa’zhomaka Wa Ajalaka Anata Allaha Laa Alaha Alaa Anata Laa Alaha Ghoyaroka Al Akabaro Wa Al Kholaqo Kala Hama Laka Roajaa’wana. Dan adapun di belakang saf mereka itu seratus saf daripada malaikat dan di hantarkan tangan kanan di atas tangan kirinya tiada seorang melainkan mengucap ia akan tasbih dan tahmid dengan berlainan bunyinya.
Maka di dinding Allaha Taa’laya daripada segala malaikat yang menanggung Arash itu dengan tujuh puluh hijab daripada api dan tujuh puluh hijab daripada zholamat dan tujuh puluh hijab daripada nur dan tujuh puluh hijab daripada mutiara yang merah dan tujuh puluh hijab daripada yaakut yang merah dan tujuh puluh hijab daripada zamrud yang hijau dan tujuh puluh hijab daripada air beku dan tujuh puluh hijab daripada air sejuk dan beberapa pula yang berlain-lain tiada mengetahui bilangan melainkan ia jua.
Adapun tiap-tiap malaikat yang menanggung Arash dan yang mengeliling dia itu empat mukanya yang pertamanya mukanya seperti muka lembu dan yang kedua mukanya seperti muka harimau dan yang ketiga mukanya seperti muka rajawali dan yang keempat mukanya seperti muka manusia. Dan adalah bagi mereka itu empat sayapnya maka yang dua daripada sayapnya itu menutupi ia akan dirinya kerana takut pengsan ia daripada menilik ia akan Arash dan yang kedua lagi itu di kembangkan.
Tiada bagi mereka itu berkata-kata melainkan mengucap tasbih dan tahlil dan tahmid seperti firmannya di dalam Qoraana Yasabahawana Ba Hamada Roba Hama Wa Yawamanawana ertinya adalah mereka itu senantiasa mengucap tasbih sertanya memuji akan Allaha Taa’laya dan percaya mereka itu akan dia. Bahawasanya ia tiada sekutu baginya mengucap tasbih dengan perkataan yang elok katanya iaitu Sabahaana Al Haya Alazaya Laa Yamawata Sabahaana Alazaya Yamayata Al Kholaaqo Wa Laa Yamawata Sabawaha Qodawasa Roba Al Malaakata Wa Al Rowaha ertinya maha suci tuhan yang sentiasa hidup yang tiada mati ia maha suci dengan kesucian tuhan sekelian malaikat.
Shahdan adalah di bawah Arash itu malaikat seperti rupa rajawali dan seperti rupa ular dan adalah bawah Arash itu seekor ayam jantan yang putih bulunya hijau dan lagi balung dan dua matanya daripada yaakut yang merah dan tekaknya dan dua kakinya daripada emas dan dua kakinya hingga sampai kepada tujuh lapis bumi yang di bawah dan lehernya berlipat-lipatlah di bawah Arash. Maka apabila telah malam yang pertama bertempik-tempik sayapnya dan berkokok ia dan berkata Sabahaana Zaya Al Malaka Wa Al Malakawata maka sahut segala ayam di dalam dunia dan apabila selesai yang keduanya bertempik sayapnya dan berkokok pula berkata ia Sabahaana Mana Anaama Al Anaama Wa Laa Yanaama maka sahut ayam dunia bagi kokoknya dan apabila masuk malam yang akhir bertempik dua sayapnya dan berkata ia Sabahaana Mana Hawa Qoama Daama Sabahaana Mana Anaama Al A’yawana Laa Alaha Alaa Hawa Sabahaanaha maka sahut segala ayam di dunia seperti itu pula kerana itulah di kata nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama akan ayam putih dan sabdanya ayam putih ini kekasihku.
Berkata Abana Jaa’faro Shoadaqo ia mendengar daripada neneknya Zayana rodhoya Allaha A’nahama katanya bahawasanya adalah di bawah Arash itu sekelian yang di jadikan Allaha Taa’laya di dalam laut dunia dan daratannya seperti firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Ana Mana Shaya Alaa A’nada Naakhozaanaha ertinya tiada suatu melainkan adalah daripada Arash. Adapun hikmat Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan Arash itu supaya menjadi akan kiblat sekelian malaikat pada berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya itulah adanya.
Sumber: Kitab Taaja Al Malaka (Tajul Muluk)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar