Hendaklah kita berdakwah dengan hikmah bukan marah-marah.
💠Hendaklah kita berdakwah dengan hikmah bukan sumpah seranah.
💠Hendaklah kita berdakwah dengan hikmah hanya kerana Allah. Insyaa Allah.
💠Baginda Rasulullah telah bersabda : Tiada menyuruh perbuatan baik dan tiada melarang perbuatan mungkar melainkan orang yang penuh kasih sayang pada apa yang di suruh nya dan penuh kasih sayang pada apa yang di larang nya.
💠Mereka tidak lekas marah pada apa yang di suruh nya dan tidak lekas marah pada apa yang di larang nya. Berilmu pada apa yang di suruhnya dan berilmu pada apa yang di larang nya.
H.R.Imam Al-Baihaqi dari Amru bin Syu'aib.
💠Selanjutnya Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
💠Bukan dari golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua dan bukan dari golongan kami orang yang tidak bersifat kasih sayang kepada anak-anak dan bukan dari golongan kami orang yang tidak menyuruh kepada kebaikan dan bukan dari golongan kami orang yang tidak mencegah dari kemungkaran .
H.R.Ibnu Hibban.
💠Ya ALLLAH Ya Rahman.
💠Jika dakwah adalah pilihan maka izinkanlah hati ini memilih nya.
💠Jika dakwah adalah kewajipan maka kuatkanlah kami menjalani nya.
💠Jika dakwah adalah kecintaan maka ikhlaskanlah kami merasakan nya.
💠Jika dakwah adalah nada kehidupan maka izinkanlah kami memainkan irama nya.
💠Jika dakwah adalah kesulitan maka teguhkanlah kami untuk menghadapi nya.
💠Jika dakwah adalah tanda kethaatan maka izinkanlah kami meneguk kemanisan nya kerana kami percaya :
💠Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa kepada Tuhan.
💠Selalu ada kejayaan bagi mereka yang berusaha penuh kesungguhan.
💠Selalu ada jalan bagi mereka yang tidak berputus harapan.
💠Selalu ada ketenangan bagi mereka yang sudi memaafkan.
💠Selalu ada kemanisan bagi mereka yang melawan kemungkaran.
💠Dan selalu ada keindahan bagi mereka yang tawadhuk penuh keikhlasan.
💠Maka berdakwahlah dengan hikmah kerana peribadi yang berdzikir itu indah.
💠Setiap kalam nya adalah dakwah.
💠Setiap nafasnya adalah Alhamdulillah.
💠Setiap pandangan nya adalah Mahabbah.
💠Setiap sentuhan nya adalah sedeqah.
💠Setiap gerak hati nya adalah Doa dan
💠Setiap langkahnya adalah Jihad Fi Sabilillah.
Insyaa Allah.
Sh.fatin.fathatain bt sh.zaki
#muftibukandaiepunbukan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar