Semua manusia di dunia ini meyakini bahawa Tuhan adalah
Sosok yang Agung, Mulia, Sempurna dan segala gelar hebat di sandang oleh-Nya.
Kalau di dunia ada Raja, maka Tuhan adalah Maha Raja Diraja.
Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia tersebut,
sebegitu tingginya sehingga hampir semua manusia
merasa mustahil untuk berjumpa dengan-Nya.
Hanya golongan tertentu saja
seperti Nabi yang dibenarkan untuk menjumpai-Nya.
Bahkan dalam pandangan kumpulan tertentu dalam Islam,
Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah berjumpa dengan Allah S.W.T di dunia.
Dalil tentang pengalaman Nabi Musa A.S ingin melihat Allah S.W.T
dijadikan dalil untuk membenarkan pendapat mereka.
Kelompok Mu'tazilah bahkan lebih ekstrim lagi,
mereka berpendapat bahawa Allah S.W.T
tidak boleh dilihat atau dijumpai baik di dunia mahu pun di akhirat.
Kumpulan yang paling banyak adalah yang berpendapat bahawa
Allah S.W.T tidak boleh dilihat atau dijumpai didunia,
namun Dia boleh dijumpai di akhirat setelah manusia meninggal dunia.
Kerana banyak bahkan sangat banyak,
pada umumnya kita juga meyakini atau dipaksa meyakini bahawa Allah S.W.T
tidak mungkin dilihat di dunia dengan alasan Dia Maha Tinggi dan Maha Segalanya.
Disisi lain,
kaum Sufi meyakini dan memang mengalami hal yang mustahil bagi kaum awam, iaitu berjumpa, melihat dan berdialog dengan Allah S.W.T
sebagaimana yang diceritakan para Tokoh Sufi dalam pelbagai karyanya,
salah satunya adalah Imam al-Ghazali yang melihat dan berdialog dengan Allah S.W.T
di dalam mimpi Beliau.
Soalan yang paling menghairankan kita adalah,
kenapa ketiga kelompok ini yang sama-sama mengambil sumber ilmu dari Al-Quran dan Hadis boleh begitu jauh berselisih faham dan
ini telah berlaku dari zaman dulu sampai sekarang.
Jawapan normative kerana fikiran manusia berbeza-beza dan
kemampuan untuk menyerap ilmu dari sumber yang Agung yakni Al-Qur'an juga berbeza.
Bagi kumpulan yang tidak meyakini bahawa Allah S.W.T boleh di lihat di akhirat,
dengan segala dalil menyerang kumpulan yang meyakini bahawa
Allah S.W.T boleh dilihat di akhirat.
Kaum Mu'tazilah menganggap keliru pemahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah
yang meyakini Allah S.W.T boleh dilihat di akhirat.
Kemudian,
orang yang meyakini bahawa Allah S.W.T hanya boleh dilihat di akhirat
menganggap keliru atau pelik bagi orang yang meyakini bahawa Allah S.W.T
boleh dilihat di dunia dan akhirat.
Kalau kita terus menerus terjebak kepada perdebatan tentang Allah S.W.T,
maka secara tidak sedar kita tidak pernah mahu berusaha
untuk mencari kebenaran lain selain yang kita yakini.
Tuhan Maha Tinggi dan tidak seorang pun yang boleh menjangkau Dzat Allah S.W.T
yang Maha tinggi tersebut dan dalam hal ini kaum sufi yang meyakini
bahawa Allah S.W.T boleh dilihat juga berpendapat seperti ini.
Tidak bererti bahawa ketika kaum sufi berkesempatan memandang Allah S.W.T,
lalu kedudukan Allah S.W.T menjadi rendah.
Semua manusia meletakkan Tuhan sesuai kadarnya masing-masing,
makanya dengan segala keyakinannya menampatkan Tuhan
ditempat yang tidak mampu dimiliki agar kedudukan Tuhan tetap tinggi.
Lalu, kalau Tuhan sudah sangat tinggi tidak dapat dicapai,
untuk apa adanya Tuhan ?
Tuhan tidak sekadar sesuatu yang disembah,
tapi Dia adalah Sosok yang akrab dengan kita,
tempat kita berkeluh kesah dan sahabat yang paling setia.
Nabi Ibrahim A.S menjadi " Khalilullah " Sabahat Allah S.W.T
kerana kedekatan Beliau dengan Allah S.W.T,
lalu apakah hanya Nabi Ibrahim A.S satu-satunya manusia yang layak
menjadi Sahabat Allah S.W.T ?
Rasulullah S.A.W terkenal sebagai " Habibullah "
lalu apakah hanya Rasulullah S.A.W satu-satunya manusia yang layak
menjadi kekasih Allah ? dan
Nabi Musa A.S dikenal dengan " Kalamullah " orang yang diajak berbicara oleh Allah S.W.T, apakah hanya Nabi Musa A.S yang mengalami seperti itu.
Bagaimana dengan kita yang awam, orang-orang yang bukan Nabi ?
Apakah tidak boleh berhubungan dengan Allah S.W.T dengan akrab ?
Kaum Sufi yang akrab dengan Allah S.W.T juga tidak merasa dirinya hebat,
tidak merasa dirinya suci dan mulia bahkan
disetiap saat dengan kesedaran yang penuh dia merasa
sebagai hamba yang hina, dhoif, papa tidak punya apa.
Hanya kerana kemuarahan hati Allah S.W.T saja
yang membuat mereka boleh melakukan banyak hal di dunia ini.
Kaum Sufi tidak pernah meyakini
bahawa Tuhan boleh menjadi manusia dan
manusia kerana kesuciannya boleh menjadi Tuhan.
Bahawa manusia itu boleh mencapai kedudukan mulia Tuhan
adalah pendapat yang salah terhadap pemahaman Sufi.
Kesalahan dalam memahami Wahdatul Wujud inilah
kemudian yang membuat kaum Sufi mendapat tuduhan
sebagai kumpulan sesat daripada orang-orang yang tidak memahaminya.
Kaum Sufi,
dari mana-mana dia berasal dalam berhubungan dengan Allah S.W.T
tetap memakai meode yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W iaitu melalui Wasilah.
Kerana tidak mungkin manusia boleh berhubungan dengan Allah S.W.T
tanpa ada unsur atau alat yang diberikan Allah S.W.T.
Dia yang Maha tinggi tidak mungkin dicapai oleh manusia
yang penuh dengan dosa dan kekurangan.
Dalam hal ini seluruh manusia mempunyai kayakinan yang sama, termasuk Sufi.
Allah S.W.T yang Maha Pemurah memberikan " Alat Komunikasi " antara manusia
dengan Dia iaitu berupa Nur Allah S.W.T yang diberikan kepada Rasulullah S.A.W.
Nur tersebut setelah Rasulullah S.A.W wafat diberikan kepada para ulama' pewaris Nabi, dengan itulah manusia boleh berhubungan dengan Allah S.W.T sebagai alat komunikasi.
Wasilah bukanlah ciptaan manusia,
bukan pula manusia,
tapi dia adalah sesuatu yang berasal dari sisi Allah S.W.T.
Inilah yang disebut dalam Al-Qur'an sebagai Tali Allah S.W.T,
yang pangkalnya ada pada Allah S.W.T dan hujungnya ada pada kekasih-Nya.
Jangankan Allah S.W.T yang merupakan Cahaya Maha Tinggi,
berkaitan dengan cahaya yang nampak saja harus ada alatnya.
Gelombang radio atau televisyen ciptaan manusia tidak boleh diterima
tanpa adanya alat penerimanya apatah lagi Cahaya Allah S.W.T yang begitu tinggi.
Rasulullah S.A.W bukanlah sekadar penyampai wahyu,
tetapi Rasulullah S.A.W adalah pembawa Wasilah yang berasal dari sisi Allah S.W.T
sebagai media penyambung manusia dengan Allah S.W.T.
Hubungan manusia dengan Allah S.W.T adalah hubungan langsung, tanpa perantara. Hubungan langsung yang dimaksudkan
tentu saja hubungan dengan menggunakan kaedah yang tepat,
kaedah yang telah disampaikan dan digunakan oleh Rasulullah S.A.W.
Umumnya hubungan langsung yang diyakini oleh manusia secara umum,
dia merasa yakin bahawa Tuhan yang disembah itu benar.
Mulai dari dia boleh beribadah, dia meyakini yang disembah adalah Allah S.W.T.
Apakah memang demikian ?
Dari mana dia boleh tahu kalau yang berdiri di depannya itu sosok Iblis
yang juga terdiri dari cahaya.
Berpuluh-puluh tahun dia meyakini telah menyembah Allah S.W.T
melalui Solat dan ibadah lain, ternyata yang disembah adalah Iblis
kerana dia tidak boleh membezakan antara Allah S.W.T dan Iblis.
Ibadahnya berupa solat itu diberi ganjaran Neraka oleh Allah S.W.T
kerana yang disembah bukan Allah S.W.T.
Apakah Iblis tidak boleh masuk ke dalam Masjid ?
Jangankan dalam masjid atau rumah kita,
ke dalam syurga pun Iblis boleh bolak balik, bebas keluar masuk.
Jadi, kesombongan kita menolak wasilah,
menyembah Allah S.W.T dengan kaedah Rasulullah S.A.W ini
yang menyebabkan kita mudah disusupi Iblis yang sangat Halus.
Ingat !!! Nabi Adam A.S digoda oleh Iblis bukan di Pasar Malam atau di Mall,
tapi di dalam Syurga yang dipagari oleh para Malaikat.
Kaum Sufi tidak ragu sedikit pun dalam beribadah
kerana dia sudah boleh membezakan
antara Allah S.W.T dan yang bukan Allah S.W.T
kerana mereka telah berjumpa dengan Allah S.W.T.
Bagi mereka,
Allah S.W.T bukan hanya Maha Ghaib ( Al-Ghaibi )
namun juga Maha Nyata ( AD-Dzahir )
seperti yang tertulis dalam Asmaul Husna.
Bagi orang yang baru menempuh jalan kepada Allah S.W.T ( Thariqatullah ),
paling tidak pun dia telah mempunyai pembimbing ( Mursyid )
yang setiap saat akan menuntun dan membimbing dia kepada Allah S.W.T
secara zahir dan batin.
Godaan dan gangguan secara batin dengan izin Allah S.W.T
akan mendapat Syafaat ( Bantuan ) daripada Guru Mursyid yang rohaninya
selalu bersama rohani Rasulullah S.A.W dan automatik selalu bersama Allah S.W.T
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
#################################################################################
TANGGAPAN ATAS TULISAN .
Yang disebut Allah itu bukan Tuhan atau pribadi Tuhan,
yang disebut Allah itu adalah ahlaq yang mulya, itu salah satu nama-Nya yg Agung,
bukan pribadi-Nya.
Nama Allah,
bermakna dan mempunyai arti,
Dia yng meliputi segala sesuatu,
segala sesuatu terjadi kerena Dia,
segala sesuatu akan kembali kpd Dia dan
segala sesuatu setelah kembali,
maka Dia sendiri yng ada.
Jadi,
nama Allah itu bukan menunjukan sosok atau pribadi,
akan tetapi menunjukan suatu keadaan dan kondisi,
menujukan ruang dan waktu...
bahwa segala sesuatu itu dr Dia dan akan kembali kpd Dia.
Sekali lagi Allah itu ahlaq yang mulya,
bukan sosok dan bukan Tuhan,
yakni memasuki ruang dan waktu
untuk menanggalkan segala ke "aku" an diri,...
degan begitu maka munculah sikap rendah hati,
bila sudah muncul sikap rendah hati...
maka cinta kasih akan tumbuh berkembang,
maka ahlaq yg mulyapun akan tumbuh di dalamya.
Barang siapa yg mengenal Allah,
maka ia adalah orang" yg mengenal ahlaq Mulya, dan
mampu melahirkan dalam setiap sikap dan perbuatan-nya,
itulah sempurna sebuah pengenalan...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar