Tasawuf merupakan ilmu halus yang sangat tinggi dan tidak boleh dengan mudah dipelajari. Tasawuf bukan ilmu hafalan yang dipelajari dengan otak akan tetapi merupakan ilmu amalan dan merupakan teknologi Al-Qur'an yang Maha Dahsyat.
Hasil pengamalan Tasawuf akan melahirkan manusia-manusia yang berkualiti tinggi, tidak pernah lepas sedetik pun hubungan dengan Allah S.W.T sebagai sumber kebaikan.
Salah satu tujuan Allah S.W.T mengutus para Nabi dan Rasul adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Para Nabi dan Rasul bukan sekadar menyampaikan firman Allah S.W.T, akan tetapi juga berfungsi sebagai pembawa wasilah sebagai media penyambung antara manusia dengan Allah S.W.T. Nabi adalah teknologi Al Qur'an yang mengerti bagaimana menyalurkan power maha dahsyat menjadi sesuatu yang boleh memberi manfaat untuk manusia.
Kemampuan Nabi Musa A.S membelah laut, kehebatan Nabi Isa A.S menghidupkan orang mati dan menyembuhkan segala jenis penyakit dan kehebatan Rasulullah S.A.W membelah bulan bukan terjadi dengan serta merta. Mereka diajarkan oleh Allah S.W.T teknologi Maha Dahsyat, teknologi metafisika dan siapapun menggunakan teknologi yang sama maka hasilnya pasti akan sama.
Kalau kita perhatikan bagaimana hebatnya teknologi fizik. Air yang tenang boleh diubah menjadi kuasa melalui teknologi turbin. Air dipanaskan menjadi wap mampu menggerakkan gerbong kereta api yang beratnya ratusan tan. Air juga boleh mengangkat sebuah kereta yang dengan memakai hujung jari tentu saja melalui teknologi hidraulik. Air juga apabila di pisahkan inti atomnya akan terjadi letupan sangat hebat, menjadi sebuah bom yang daya rusaknya luar biasa. Air sifat dasarnya memadamkan api boleh berubah menjadi bahan bakar yang hebat. Masih banyak teknologi lain yang hebat hasil penemuan manusia.
Bercakap tentang teknologi al-Qur'an, alam ini tentu hasilnya berpuluh, beratus bahkan berjuta kali lebih hebat dari teknologi fizik. Sampai saat ini belum ada teknologi yang mampu membelah laut seperti yang dilakukan oleh Nabi Musa A.S atau menghidupkan orang mati. Teknologi fizik akan selalu tertinggal jauh oleh teknologi metafisika.
Menyedari potensi yang sangat hebat terkandung dalam al-Qur'an maka para kaum orientalis berusaha memisahkan ummat Islam dengan teknologi Al-Qur'an. Al-Qur'an hanya untuk di baca dan dipertandingkan, dialun-alunkan dengan suara merdu.
Ilmu untuk mengeluarkan power Al-Qur'an itu tidak lain adalah Tareqatullah dibawah bimbingan Mursyid Kamil Mukamil, yang ahli di bidangnya, ahli tentang teknologi Al-Quran.
Kalau Mursyidnya tidak ahli dan tidak mendapat izin dari guru-guru sebelumnya, tidak mempunyai silsilah bersambung kepada Rasulullah S.A.W maka Tarekat hanyalah sebuah amalan zikir kosong tanpa power.
Sangat berbahaya mendalami tarekat kalau Gurunya tidak mendapat izin daripada Allah S.W.T. Ibarat pilot pesawat tanpa izin terbang dan tidak mempunyai sama sekali pengalaman terbang tentu sangat berbahaya, bukan rahmat kita dapat tapi malah celaka.
Pilihlah Gurumu yang kamil mukamil khalis mukhlisin, yang dicerdikkan Allah S.W.T, tidak setengah kasih akan dunia, kuat berpegang teguh kepada Tali Allah S.W.T dan tentu saja mempunyai silsilah sebagai tanda sah ilmu yang diajarkannya.
Ingatlah wahai saudara dan saudariku sekalian...Tasawuf bukan ilmu hafalan, bukan pula ilmu yang dipelajari melalui membaca. Tasawuf adalah ilmu rasa dan rasa itu datang dari Allah S.W.T atas ikhtiar bersungguh-sungguh daripada sang murid.
Sebagai contoh, kalau hanya sekadar dibaca, letak maqam yang 7 tempat boleh dibaca dalam satu malam bahkan seluruh kaji dalam suluk selesai dipelajari dalam 1 malam. Persoalannya apakah boleh " duduk " amalan tersebut dalam satu malam ? Jawapannya tidak, memerlukan masa bertahun-tahun baru boleh amalan tersebut melekat dalam diri kita.
Mungkin kita telah berulang kali suluk, kalau masih ada unsur sombong dalam diri, bererti belum sempurna maqam ke-5, begitu juga kalau masih suka menuruti hawa nafsu bererti suluk kita masih belum benar.
Mungkin banyak Tarekat yang menulis tentang amalan dari awal suluk sampai selesai. Tapi Guru saya sangat melarang kerana amalan itu datang dulu baru dijelaskan. Sebagai kiasan, seorang anak lahir dulu ke dunia baru diberi nama.
Beliau berkata biarlah amalan berupa kurnia dari Allah S.W.T datang dengan sendirinya. Lebih baik kurnia itu datang tanpa mengetahui namanya daripada menghafal nama tapi tidak pernah merasakan kurnia Allah S.W.T.
Kita wajib berterima kasih kepada Almarhum Prof. Dr. Kadirun Yahya MA M.Sc Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah atas jasa Beliau yang mampu menjelaskan ilmu Tasawuf melalui ilmu eksakta ( fizik klasik ) sehingga tidak boleh dibantah sama sekali oleh sesiapa.
Ilmu Tarekat selama ini dianggap kolot dan ketinggalan zaman ternyata merupakan ilmu yang sangat hebat tiada tanding menjadi senjata ampuh ummat Islam diseluruh dunia. Beliau juga yang pertama kali mempopularkan istilah Teknologi Al-Qur'an. Kalau Imam Al-Ghazali berjasa mendamaikan Tasawuf dengan Syariat dan menyatukan keduanya melalui ilmu sosial, maka Prof. Dr. Kadirun Yahya MA M.Sc berjaya mendamaikan melalui ilmu metafizik eksakta.
Akhirnya, kita semua berharap boleh berjumpa dengan Guru Mursyid Kamil Mukamil Khalis Mukhlisin yang boleh mengajar kita tentang Teknologi Al-Qur'an sehingga boleh kita salurkan kepada keluarga, kampung, Negara bahkan seluruh jagad raya ini sebagai bukti bahawa Islam Mulia Raya adalah Agama yang membawa Rahmatan Lil Alamin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar