SYARIAT adalah satu undang-undang hukum yang diciptakan oleh Allah S.W.T
yang diberatkan kepada manusia yang mukallaf lelaki dan perempuan buat mentaati-Nya dan menjauhi apa yang ditegah-Nya seperti apa yang telah digariskan dalam kitab suci-Nya kepada seluruh umat manusia ini sejak dari Nabi Adam A.S hingga kepada Rasulullah S.A.W.
Begitulah tiap-tiap Nabi dan Rasul itu dari Nabi Adam A.S telah terbatas
dengan Syariat tertentu yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T
hingga sampai kepada syariat Rasulullah S.A.W yang berlanjutan
hingga sampai ke akhir zaman.
Mereka yang mematuhi dan mempercayai undang-undang Syariat inilah
yang dikatakan muslim-mukmin lagi muhsin.
Sebaliknya bagi orang yang mengingkarinya disebut kafir-fasik lagi mursyrik.
Adapun undang-undang hukum Syariat ini terbahagi kepada beberapa bahagian.
Ada 10 bahagian semuanya :
WAJIB
SUNAT
HARAM
MAKRUH
MUBAH ( HARUS )
SEBAB
SYARAT
MANI' ( TEGAH )
SAH
BATHAL
Hukum-hukum Syariat ini dikerjakan oleh anggota zahir pada tubuh kasar kita ini
yang disebut juga Syariat zahir melalui panca indra yang lima di alam Syahadah atau
alam Jasmani yang terdiri dari anasir yang 4 iaitu :
Air, Api, Angin dan Tanah.
Itulah asal tubuh Syariatmu dan
kepadanyalah dibebankan hukum-hukum Syariat tadi iaitu Rukun Islam yang 5 perkara :
SYAHADAH : Diucapkan oleh lidah anggota zahir.
SOLAT : Dikerjakan oleh tubuh anggota zahir.
PUASA : Menahan segala anggota dari nafsu zahir.
ZAKAT : Mengeluarkan pendapatan anggota.
HAJI : Ke Baitullah di Mekah yang diikuti oleh seluruh tubuh badan.
Segala pekerjaan yang dilakukan oleh anggota badan tubuh kita yang zahir inilah
yang disebut Syariat yang zahir pada Alam Jasmani. —
bersama SyamsulHaq An-Nazimiyyah, Qalbi Ku, Peanuts Haqqani, dan 17 lainnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar