Ibnu Taimiyyah ( 661-728 H ), salah seorang ulama' yang dikenal keras
menentang Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi pada akhirnya beliau mengakui
bahawa Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi adalah jalan kebenaran,
sehingga beliau pun mengambil bai'at dan menjadi pengikut Tarekat Qadiriyyah.
Berikut ini perkataan Ibnu Taimiyyah didalam kitab Majmu al Fatawa Ibn Taimiyyah, terbitan Dar ar Rahmat, Kaherah, Vol. 11, hal . 497, dalam bab. Tasawuf :
" Kalian harus mengetahui bahawa para Syeikh yang terbimbing
harus diambil dan diikuti sebagai petunjuk dan teladan dalam agama,
kerana mereka mengikuti jejak Para Nabi dan Rasul.
Tarekat para Syeikh itu adalah untuk menyeru manusia kepada kehadiran
dalam Hadhirat Allah S.W.T dan ketaatan kepada Rasulullah S.A.W "
Kemudian dalam kitab yang sama hal. 499, beliau berkata :
" Para Syeikh harus kita ikuti sebagai pembimbing,
mereka adalah teladan kita dan kita harus mengikuti mereka.
Kerana ketika kita berhaji, kita memerlukan petunjuk ( dalal ) untuk mencapai Ka'bah,
para Syeikh ini adalah petunjuk kita ( dalal ) menuju Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W "
Di antara para Syeikh Sufi yang beliau sebutkan didalam kitabnya adalah :
Syeikh Ibrahim ibn Adham R.A
Syeikh Ma'ruf al Karkhi R.A
Syeikh Hasan al Basri R.A
Sayyidah Rabi'ah al Adawiyyah R.A
Syeikh Abul Qasim Junaid ibn Muhammad al Baghdadi R.A
Syeikh Abdul Qadir al Jailani Q.S
Syeikh Ahmad ar Rifa'i R.A dan lain-lain.
Didalam kitab " Syarh al Aqidah al Asfahaniyyah " hal. 128. Ibnu Taimiyyah berkata :
" Kita ( saat ini ) tidak mempunyai seorang Imam yang setara dengan Malik, al Auza'i, at Tsauri, Abu Hanifah, as Syafi'i, Ahmad bin Hanbal, Fudhail bin Iyyadh, Ma'ruf al Karkhi dan orang-orang yang sama dengan mereka "
Kemudian selaras dengan gurunya,
Ibnu Qayyim al Jauziyyah di dalam kitab " Ar Ruh "
telah mengakui dan mengambil hadits dan riwayat-riwayat dari para pemuka sufi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar