Kamis, 05 November 2015

Ghaib

Ghaib adalah istilah Arab, 
menurut bahasa Melayu bermaksud kewujudan 
yang tidak dapat dikesan melalui sebarang pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, rasa dan hidu. 

Sewaktu ghaib tiada ruang-ruang khusus bagi menempatkan sesuatu 
yang berunsur sifat sama ada jirim mahu pun jisim. 

Tiada bahagian atau sudut yang menunjukkan arah tertentu. 
Tiada perjalanan waktu dan masa ketika ghaib. 
Oleh demikian ghaib merupakan suatu keadaan belum bersifat dan berbentuk. 

Justeru, kedudukan ghaib berkeadaan Esa [tunggal] 
atau tidak berbilang di mana tidak dapat diukur dan dihitung jumlahnya.

Ghaib bukan merupakan alam yang memiliki ciri-ciri seperti alam dunia 
sebagaimana dapat dilihat sewaktu manusia hidup. 

Menjadi kesalahan sekiranya perkataan ghaib didahulukan dengan perkataan alam 
iaitu ‘alam ghaib’. 

Perkataan alam menunjukkan sesuatu yang kena cipta [makhluk]. 
Sedangkan ghaib [Qadim] suatu keadaan yang berlawanan maksudnya dengan perkataan alam [baharu]. 
Dua keadaan berlawanan tidak boleh berada serentak dalam satu masa. 
Oleh itu tiada alam di sisi ghaib atau tiada kejadian di sisi ghaib sebaliknya kejadian berlaku dan terjadi di alam zahir.

Terlebih dahulu perlu difahami pecahan istilah-istilah yang menjadi sebutan bagi menghuraikan kewujudan Allah dan kekuasaanNya. 

Perkataan ‘Allah’ adalah nama bagi memaksudkan Zat Yang Maha Berkuasa. 
Perkataan ghaib pula bertindak menjelaskan status kewujudan Zat yang dinamakan Allah. Begitu jua dengan perkataan lain seperti Ilmu, Qudrat, Sama’, Basar, Kalam, 
Maha Pengasih, Maha Penyayang dan berbagai istilah lagi, 
kesemua istilah-istilah ini bertindak menghuraikan Zat yang dinamakan ‘Allah’. 

Oleh demikian pecahan istilah-istilah tersebut menyebabkan seolah-olah 
terdapat bahagian yang berasingan di sisi Allah dan berperanan berdasarkan sebutan. 
Hal ini berlaku disebabkan keadaan nyata atau zahir, 
apabila zahir bererti berpecah berasingan membentuk sifat 
dan ini suatu perkara tidak dapat dielak lagi. 
Seperti manusia terpaksa menyebut dan beristilah 
bagi menghurai dan menjelaskan kewujudan Zat yang bernama Allah.

Hakikatnya istilah-istilah itu tidak terlepas dari konsep keEsaan Zat yang wujud. 
Hal ini menunjukkan terdapat kesatuan maksud pada setiap istilah yang menjadi sebutan. 

Bererti menyebut satu istilah yang menyentuh kewujudan Allah secara dasarnya 
akan merangkumi istilah yang tidak disebut. 
Sebab manusia tidak mampu [berkadaran] menyebut secara serentak [dengan satu sebutan] dalam satu masa bagi menghuraikan pengertian Allah yang Maha Luas kewujudanNya. 

Seperti menyebut perkataan ‘Ilmullah’ , 
maka perkataan ini merangkumi keseluruhan perkataan lain yang menggambarkan 
Zat Yang Maha Esa.

Oleh itu apabila menyebut perkataan ghaib bererti terangkum sekali istilah-istilah 
seperti Ilmu, Allah, Maha Pengasih atau sebagainya lagi. 

Melalui uslub ini Firman menegaskan bahawa 
‘Allah Maha Mengetahui yang ghaib’, di sini tidak menunjukkan bahawa Allah 
mengetahui apa yang berlaku ketika ghaib. 
Bahkan sewaktu ghaib tiada kejadian yang berlaku. 
Sebaliknya uslub ini menjelaskan pada ketika ghaib hanya wujud semata-mata 
IlmuNya yang tidak berkadaran.

Tidak dinafikan sekiranya diambil maksud menurut susunan lafaz yang terdapat pada uslub ini bagaikan Allah mengetahui yang ghaib. 

Pada hakikatnya Allah tidak dinilai dari sudut tahu mahu pun tidak tahu. 
Sebab Ilmullah itu bukan akal sebaliknya Ilmullah itu suatu yang tidak dapat dihurai dengan akal manusia. 

Oleh kerana penjelasan firman iaitu melalui susunan lafaz [perkataan] yang berpisah-pisah antara satu sama lain seperti ‘Ilmu’ dan ‘Ghaib’, menyebabkan pengertiannya seolah-olah terjurus pada dua keadaan yang berbeza. 

Walhal bila menyebut perkataan ghaib bererti terkandung Ilmullah begitu jua sebaliknya jika menyebut Ilmullah maka terkandung ghaib bersamanya. 

Dengan bahasa mudah, bila menyebut perkataan ghaib maka di sini menunjukkan maksudnya Allah , Maha penyayang, Maha Pengasih, Sama’, Basar, Kalam atau berbagai pecahan istilah lagi yang berkaitan dengan penjelasan kewujudan Zat Yang Maha Berkuasa.

Ghaib itu pada hakikatnya jika dibahaskan dari sudut makrifat 
dikenali sebagai ‘Diri’ atau ‘Diri sebenar diri’. 

Sementara Quran membahasakannya dengan istilah ‘Diri Yang Satu’ 
Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu, 
maka disediakan tempat tetap dan tempat simpanan. 

Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami satu persatu 
bagi orang yang mengerti,

Mengenai uslub 6:98 ini kebanyakan tafsirannya berteraskan syari’at, ‘diri yang satu’ merujuk pada Adam iaitu manusia pertama. 
Bermaksud diri yang satu bagi zuriat Adam adalah merujuk pada Adam, 
sebab cambahan generasi manusia adalah bermula daripada Adam. S
ementara diri yang satu bagi pihak Adam pula tidak dibahaskan secara rinci. 
Menunjukkan maksud sebenar uslub ini masih belum tersingkap sepenuhnya. 
Bukan tersembunyi tapi disebabkan kejahilan akal manusia terhadap maksud
 uslub tersebut. 

Diri sebenar diri atau ‘diri yang satu’ adalah merujuk pada maksud ghaib 
atau pun di sebut Allah. 

Perkataan Allah pula merangkumi Ilmullah, 
oleh itu sewaktu ghaib hanya semata-mata yang wujud Ilmullah iaitu 
‘Maha Ilmu perkara yang ghaib’,

Setiap yang zahir disebut makhluk ciptaan Allah berasal daripada Ilmullah, 
sebab itu ditegaskan bahawa manusia itu daripada diri yang satu. 
Kemudian Ilmullah yang ghaib tadi membentuk kejadian di alam zahir 
lalu disebut ‘Maha Ilmu perkara yang zahir’,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar