Minggu, 08 November 2015

HIKMAH DARI MELAKSANAKAN "SEBUT ALLAH

HIKMAH DARI MELAKSANAKAN "SEBUT ALLAH BANYAK-BANYAK, 
TUMPU DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADANYA 
SEPERTI DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu 
(terus menerus siang dan malam), serta 
tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

FIRMAN ALLAH DIATAS SEDANG MENERANGKAN PERINTAH YANG PERLU DILAKUKAN.

Yang pertama ialah sebutlah Allah sebanyak-banyaknya

Kedua tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan..

BAGAIMANA HENDAK MENUMPUKAN 
SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADANYA (IAITU KEPADA ALLAH)

"INSAN RAHSIA AKU (ALLAH), 
AKU (ALLAH) RAHSIA INSAN, 
RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, 
SIFAT AKU TIDAK LAIN DARIPADA AKU"

PERBUATAN MENUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN 
KEPADA SALAH SATU SIFAT YANG SEDANG DISEDARI 
(CONTOH SIFAT ADA, MELIHAT, MENDENGAR, MELIHAT, HIDUP DAN LAIN-LAIN)..

MAKSUD KEPADA TUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN IALAH 
PERHATIAN HENDAKLAH TERTUMPU KEPADA SALAH SATU SIFAT 
YANG SEDANG DISEDARI TADI..

WALAUPUN DIDALAM SATU MASA 
KITA SEDANG MENYEDARI BANYAK SIFAT 
(SEPERTI SIFAT ADA, MELIHAT, MENDENGAR, BERKARA-KATA 
DAN LAIN-LAIN LAGI)

TETAPI TUMPULANLAH HANYA KEPADA SALAH SARU SIFAT SAHAJA 
(SEBULAT-BULAT TUMPUAN).

PERBUATAN MENUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN ADALAH 
MEMBAWA MAKSUD KEPADA SEDANG MENYAKSIKAN, 
SEDANG BERLAKUNYA PENYAKSIAN (CONTOH KEPADA SIFAT ADA SAHAJA) MEMBAWA MAKNA SEDANG BERLAKU PENYAKSIAN 
KEPADA SIFAT ADA YANG SEDANG DISEDARI)

PADA MASA BERLAKUNYA PENYAKSIAN KEPADA SIFAT YANG DISEDARI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA YANG SAMA SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA 
KETIKA SEDANG MENYAKSIKAN SIFAT ADA,
 MAKA DENGAN SENDIRINYA AKAN BERLAKU PENGAKUAN BAHAWA 
SIFAT ADA YANG SEDANG DISAKSIKAN ITU, 
YANG SEDANG DITUMPUKAN ITU ADALAH SIFAT ADA ALLAH)

INILAH HIKMAH DARI MELAKSANAKAN FIRMAN ALLAH 
YANG TELAH DIBAWA KEDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA..

DENGAN MELAKSANAKAN FIRMAN ALLAH KEDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA AKAN BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA 
SEGALA SIFAT ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH, 
AKAN BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH..

SEMPURNAKANLAH SURUHAN ALLAH SEPERTI DIDALAM FIRMANNYA SEPERTI DIATAS SEHINGGALAH MENDAPAT PETUNJUK DAN HIDAYAH DARI ALLAH 
SAMPAI KEPADA ALLAH SENDIRI YANG SEDANG MENYEDARI SEGALA SIFAT 
YANG WAJIB BAGINYA, SEHINGGA ALLAH SENDIRI 
YANG MENGENAL ADANYA ALLAH...

TERHASILLAH KALIMAH LAA ILAHA ILLALLAH TANPA PERLU DISEBUT..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar