Semua manusia akan tiba masanya benar-benar mahu mencari Pencipta.
Pencarian ini menerusi beberapa sebab.
Kebiasaannya, melibatkan sebab proses berfikir.
Rata-rata akan menjalani kehidupan dalam beragama sebagaimana yang telah diajarkan menerusi ibubapa, sistem pendidikan beragama yang dianuti.
Maka, manusia itu akan berakhlak baik sebagaimana tuntutan dalam agama.
Sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam kehidupan.
Namun demikian,
dalam menjalani kehidupan PASTI manusia itu mula tersentak dalam hidupnya
akibat KEHILANGAN sesuatu yang disayanginya.
Apa yang disayanginya itu terpulang pada diri masing-masing.
Misalnya seperti kehilangan harta-benda, kehilangan wang-ringgit, kehilangan anak-anak, isteri atau suami.
Malahan, ada yang jatuh bankrup dalam perniagaan, dianiaya oleh rakan yang dipercayai dan pelbagai lagi yang melibatkan jiwa seseorang itu remuk dan kecewa akan situasi yang berlaku dalam kehidupan.
Situasi di atas adalah sebahagian drp hal-hal yang membolehkan seseorang itu
menerima 'panggilan jiwa' oleh Pencipta.
Kekecewaan adalah penyakit yang tiada ubat.
Hilanglah kebahagiaan yang disangkakan milik mutlak seseorang itu.
Tatkala itulah,
seseorang akan mula mahu mengadu kepada Yang Maha Pencipta.
Seseorang itu mula mencari dan terus mencari untuk menemui jawapan kebenaran
tentang hal yang berlaku padanya....
Bermulalah suatu perjalanan yang diperjalankan oleh Yang Hidup dalam dirinya.
BELAJAR MENGENAL DIRI.
Seseorang yang telah kecewa dengan perjalanan kehidupannya,
akan mula bermuhasabah diri.
Mula memikirkan hal-hal yang berlaku pada dirinya.
Kekecewaan adalah salah satu elemen yang membawa kepada pencarian diri yang sebenar.
Tujuannya untuk membaiki kehidupannya dan memperolehkan semula kebahagiaan diri.
Merujuk Surah Ar-Dzaariyaat ayat 21,
jelas memaklumkan bahawa
permulaan proses untuk mengenal @ mengkaji diri sendiri
dan akan mengenal Yang Maha Pencipta.
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah)
bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
(Adz-Dzaariyaat 51:20)
Dan juga pada diri kamu sendiri.
Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
(Adz-Dzaariyaat 51:21)
bersambung.....
1. Apakah elemen diri manusia?
2. Bagaimana perjalanan hidup manusia sebelum lahir?
3. Bagaimana perjalanan hidup manusia selepas lahir?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar