Senin, 09 November 2015

PERTOLONGAN ALLAH

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, 
Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. 
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. 
Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. 
Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. 
Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. 
Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Pengajaran hadis:

(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. 
Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.

(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. 
Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.

(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.

(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.

(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. 
Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.

(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. 
Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan hartawan tidak mampu sama sekali memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. 
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,
..yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua
JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sehinggalah Allah memanggil
:
“Waktu untuk PULANG"

Sabda Rasuulullah saw...
" Orang yang terpilih diantara kamu adalah 
seseorang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah 
ketika memandangnya .dan perkataannya sentiasa menambahkan ilmu agama...
dan perbuatannya menyebabkan kamu mencintai akhirat.
(HR Al Haakim daripada Ibn Umar radhiyallahu.)

Allah Maha mengetahui apa yang paling baik untuk kita sebagai hambaNya. 
Kita sentiasa merancang kehidupan yang terbaik untuk diri kita 
TETAPI harus diingat selalu bahawa ada Perancang yang Maha Hebat iaitu ALLAH. 
INGAT jangan berburuk sangka dengan pekara yang buruk 
sebab apa yang paling penting dalam hidup adalah bukan keinginan hati yang tercapai 
tapi 
YANG PALING PENTING ADALAH 
MENJADIKAN DIRI DEKAT KEPADA ALLAH DAN 
MENCINTAI ALLAH SEPENUH HATI. 

Belajar menjadi REDHA dengan apa juga ujian yang mendatang. 
Yang paling disukai ALLAH ialah apabila kita tidak berupaya menyelesaikan masalah dan wujudkan dalam diri kita sifat penyerahan sepenuh hati hanya kepada ALLAH 
yang menciptakan kita..
INSYA-ALLAH pasti ALLAH memberi pertolongan. 
Semoga kita semua menjadi Hamba ALLAH yang diredhai di dunia dan di akhirat.
wallahu'alam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar