Jumat, 06 November 2015

TAREKAT TASAWUF AHLUS SHUFI : TAREKAT NAQSYABANDIYAH

Tarekat Naqsyabandiyah terbina asas dan rukunnya oleh 5 bintang 
yang bersinar diatas jalan Rasulullah S.A.W ini 
dan inilah yang merupakan ciri yang unik bagi Tarekat Naqsyabandiyah ini 
yang membezakannya daripada Tarekat lain.

Lima bintang yang bersinar itu ialah 
Abu Bakar as-Siddiq, 
Salman Al-Farisi, 
Abu Yazid al-Bistami, 
Abdul Khaliq al-Ghujdawani dan 
Muhammad Bahauddin Uwaysi a-Bukhari yang lebih dikenali sebagai 
Shah Naqshbandi - Imam yang utama didalam Tarekat Naqsyabandiyah ini.

Perkataan Naqshband berasal daripada dua cetusan idea : 
Naqsh yang bermaksud " ukiran " dan ini di ertikan sebagai 
mengukir nama Allah S.W.T pada hati dan band pula bermaksud " ikatan " 
yang menunjukkan ikatan antara insan dan Penciptanya.

Oleh itu ini bermakna Tarekat Naqsyabandiyah 
mengajak murid-muridnya lelaki dan perempuan, 
agar melakukan solat dan menunaikan perkara yang wajib 
mengikut Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah S.A.W dan kehidupan para sahabat 
beserta dengan sifat Ihsan agar terus bermujahadah 
dan dapat merasakan kehadiran Allah S.W.T dan perasaan cinta kepada Allah S.W.T didalam hati murid-murid tadi dan seterusnya terjalinlah ikatan 
antara murid dengan Penciptanya.

ZIKIR DAN WIRID TAREKAT NAQSYABANDIYAH

Teknik dasar Naqsyabandiyah, 
seperti kebanyakan Tarekat lain adalah dzikir iaitu berulang-ulang 
menyebut nama Allah S.W.T ataupun menyatakan kalimat la ilaha illallah. 
Tujuan latihan itu ialah untuk mencapai kesedaran 
akan Allah S.W.T yang lebih langsung dan tetap.

Pertama sekali, 
Tarekat Naqsyabandiyah membezakan dirinya dengan aliran lain 
dalam hal dzikir yang lazimnya adalah dzikir diam 
( khafi, " tersembunyi " atau qalbi, " dalam hati " )
 sebagai lawan dari dzikir keras ( dhahri ) yang lebih disukai Tarekat-Tarekat lain.

Kedua, 
jumlah hitungan dzikir yang mesti di amalkan lebih banyak 
pada Tarekat Naqsyabandiyah daripada kebanyakan Tarekat lain.

Dzikir dapat dilakukan baik secara berjamaah mahu pun sendiri-sendiri. 
Banyak pengamal Naqsyabandiyah lebih sering melakukan dzikir secara sendiri-sendiri, tetapi mereka yang tinggal dekat seseorang Syekh Mursyid cenderung ikut serta 
secara teratur dalam pertemuan-pertemuan di mana dilakukan dzikir berjamaah.

Di banyak tempat, 
pertemuan semacam itu dilakukan dua kali seminggu, 
pada malam Jumaat dan malam Selasa; di tempat lain dilaksanakan tengah hari 
sekali seminggu atau dalam selang waktu yang lebih lama lagi.

Dua dzikir dasar Tarekat Naqsyabandiyah, 
keduanya biasanya diamalkan pada pertemuan yang sama, 
adalah dzikir ism al-dzat, " mengingat yang Haqiqi " 
dan dzikir tauhid, " mengingat keesaan ".

Pembacaan tidaklah berhenti pada dzikir; pembacaan wirid, walaupun tidak wajib, sangatlah dianjurkan. Wirid merupakan doa-doa pendek 
atau formula-formula untuk memuja Allah S.W.T dan memuji Rasulullah S.A.W.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar