Sabtu, 07 November 2015

CAHAYA ILAHI.

Bismillahirahmaanirahim 
Assalamualaikum wbt.. 
Salam tahajjud dan salam fardhu subuh semua.
Ayuhlah bangkit disepertiga malam ni untuk kita bertahajjud kpd Allah swt 
sebelum masuk nya waktu solat fardhu subuh. 
Slmt menunaikan nya.. 
Semoga kita semua sentiasa didalam lindungan Allah swt 
dan dipermudahkan segala urusan kita semua ketika di dunia dan di akhirat kelak. 
Aamiin yaa rabbal'aalamiin..

Ya Allah,
Siangku tidak selalu dalam iman yang kukuh
Malamku tidak sentiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku sering lalai dan tidak berzikir pada-MU
Begitulah si lemah yang hina ni
Ya Allah
Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada-Mu
Atau dalam
maksiat kepada-MU
“Ya Allah
tutuplah untuk kami dengan sebaik-baiknya penutupan !!”

SAMBUNGAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Dalam shahih muslim,Salamah bin Al-Akwa' mengatakan,
"Kami pernah bersama-sama Rasulullah.s.a.w di Hudaibiyah. 
Pada ketika itu,Kami berjumlah 1400 orang dan hanya membawa 50 ekor Kambing.
Susu-susu kambing sejumlah itu jikalau diperah tidak akan mencukupi untuk kami.
Lalu Rasulullah s.a.w duduk di tepi telaga yang ada di situ.
Aku tidak pasti sama ada Baginda berdoa ataupun meludah di telaga itu.
Tiba-tiba air melimpah dari telaga itu. 
Akhirnya,kami semua.dapat minum sepuas-puasnya

SAMBUNGAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W
Dalam shahih Al-Bukhari, daripada hadith Az-Zuhri, daripada Urwah, daripada Al-miswar dan marwan bin Al-Hakam dalam hadith perjanjian Hudaibiyah, 
Beliau mengatakan Baginda berjalan dahulu hingga sampai di penghujung Hudaibiyah. 
Di sana, terdapat telaga yang sedikit airnya. 
Namun,telaga itu kering selepas orang ramai mengambil air nya. 
Mereka mengadu kehausan kepada Rasulullah s.a.w 

Lalu Baginda mengeluarkan anak panah dan memerintahkan mereka meletakkannya 
di telaga itu.
Demi Allah tiba-tiba air melimpah dari telaga itu 
dan mereka dapat minum sehingga hilang dahaga.

Hadith ini sudah di sebut sebelum ini.
oleh itu hadith ini tidak perlu di sebut dengan panjang lebar. 
Ibnu Ishak melapurkan daripada sebahagian ahli ilmu bahawa 
orang yang menurunkan anak panah itu adalah Najiah binJandab. 
Ada lapuran menyebut Al-Barra' bin Azib yang melakukan juga mengatakan hal ini. 
Namun Ibnu Ishak menyokong lapuran pertama.
BERSAMBUNG 
HADITH DARIPADA ABDULLAH BIN MAS'UD
PANJANG UMUR MALAM ESOK....
JUGA BERKENAAN AIR TERPANCAR DARI CELAH-CELAH JARI.

Pesan Iman As-Syafii:

Doa dikala tahajud itu umpama anak panah 
yang tepat mengenai sasarannya. 
Cintailah sepertiga malam terakhir itu 
sebagaimana kamu senang dengan keindahan dunia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar