Minggu, 15 November 2015

‪#‎DUA_KALIMAT_SAHADAT‬

Sesungguhnya sahadat adalah merupakan rukun islamyang pertama 
dimana seseorang itu ingin menjadikan islam sebagai cara hidupnya 
haruslah terlebih dahulu mengucap dua kalimah sahadat i itu:-
اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah sahadat 
maka selama itulah dia tidak boleh di iktiraf sebagai seorang islam.

Dalam pengertian syariat,dua kalimah sahadat itu ialah 
"aku menaik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan
 aku menaik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Sesungguhnya ramai diantara kita 
hanya pandai melafazkan ucapan dua kalimah sahadat itu 
tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji atau 
sekurang2nya menyoal diri sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuhnya 
sahadat itu sendiri,
kita lihat ibu bapa kita melafazkan sahadat 
maka kita pun turut berbuat demikian,
namun begitu tak pernah bertanya kenapa kita
harus melafazkanya.??
اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Dan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk penyaksian yang lain 
daripada dua kalimah sahadat.

Disamping itu tidak kurang pula dikalangan kita bertanya 
kenapa LA ILA HA IL LAALLAH itu boleh membawa pengertian 
"tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah" 
sedangkan di dalam kalimah tersebut tidak pernah terdapat perkataan tuhan (RABB) dan tidak pula terdapat perkataan sembah (PAK BUDUU HU) 
tetapi di dalam pentafsiran erti baik bahasa oleh para ulama syariat 
ada perkataan "tuhan" dan "sembah" dan 
kenapa pula sahadat tersebut tidak boleh dikatakan begini......
لاربي فاعبدوني الا الله
yang mungkin lebih sesuai untuk diberi erti
 "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah" 
tetapi islam tetap mengunakan lafaz sahadat dengan..لااله الاالله
yang membawa pengertian kepada tiada yang nyata hanya Allah. لا اله الا الله

Tidak ada komentar:

Posting Komentar