Minggu, 15 November 2015

RAHSIA DI DALAM DIRI

RAHSIA DI DALAM DIRI

Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-

NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS 

Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.

Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. 
Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan 
Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan 
Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.

Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-

QA LAL LAH HU TAALA - 
AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. 
SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala

Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. 
Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya 
Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan TUHANnya yang qadim adanya.

Ketahuilah olehmu wahai talib – 
YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan 
yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah leher. 
Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. 
Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.

WUJUD

WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU
Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK

ANA WUJU DA HU
Ada kita dengan DIA

WA NAF SUHU
Ada DIA dengan sendirinya.

Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya 
kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT. 
Ini adalah kerana Wujud itu ADA. 
Maka yang ADA itu ZAT. 
Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain daripada Wujud itu 
kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. 
Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT namanya.

Adapun Wujud itu artinya ADA. 
Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.

Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan 
jika ditilik pada maananya ZAT dan 
apa yang dikatakan lafaz itu 
kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. 
Inilah maananya.

Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. 
Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ? 
Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar