Kamis, 19 November 2015

‪#‎HAQIQAT‬

Selain dari cara syariat dan cara tarikat,
terdapat satu lagi untuk merapatkan hubungan antara hamba dan tuhannya iaitu 
cara jalan hakikat.

Cara hakikat merupakan cara yang ketiga iaitu 
satu cara mendalami ilmu hakikat dengan menyelami dan mengenali diri sendiri, 
yang merupakan satu – satu jalan yang di lalui oleh wali – wali Allah, 
ariffinbillah dan para – para aulia.

Mereka yang menjalani pengajian ilmu hakiki ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan hubungan dengan dirinya dengan Allah S.W.T.,
dengan cara membongkar menyelidiki dan menyaksikan diri sendiri iaitu 
diri rahsia yang di tanggung oleh dirinya dan berusaha untuk membentuk dirinya 
menjadi kamil – mukamil.

Bagi mereka yang ingin melalui cara hakiki ini adalah 
di nasihatkan terlebih dahulu melalui cara Tauhid dan 
berjaya pula membersihkan dirinya 
dari segala bentuk syirik “saghir”, syirik “khafi”  dan syirik “jalli.” 

Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru – guru hakiki dan makrifat 
serta muryid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta
 mencapai pula ke tahap martabatnya.‪#

‎Untuk‬ pengetahuan lebih jelas silakan bertanya dengan guru – guru, makrifat lagi mursyid. 

Orang – orang hakiki yang sampai pada martabatnya 
bukan saja mulia di sisi Allah malah 
mendapat pula kemuliannya di tengah masyarakat. 

Adalah perlu ditegaskan di sini matlamat akhir pengajian HAKIKAT adalah 
untuk megembalikan diri Asal Mu Mula Allah iaitu 
pada Zahir dan Batin yakni pada diri zahir dan 
diri batin pada martabat kemuliaan insan Kamil mukamil. 

Tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata – mata. 
Dan balik mu semula Allah.

Untuk itu pengajian hakikat ini mestilah ada kesinambungan dengan pengajian Makrifat. 

Sesungguhnya kata hakikat dan makrifat dua perkataan yang tidak boleh di pisahkan.
Semua berjalan bersama Antara Satu dengan yang lain-Nya...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar