BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH DAN
BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA?
APAKAH NAFI DAN ISBAT ITU,
BERCERAI ATAU BERSEKUTU?
Sebutlah apa sahaja, Allah itu,
tetap tidak boleh dipisahkan dengan sesuatu !.
Sekecil manapun sesuatu tetap disitulah ada Allah dan
sebesar manapun sesuatu wajib disitulah juga ada Allah.
Allah tidak boleh berpisah dan Allah itu juga tidak boleh bersatu
dengan tiap sesuatu yang maujud itu.
Sesungguhnya berpisah itu Allah jua dan bersatu itu juga adalah Allah.
Nafi dan isbat itu, berpisah tidak bersatu pun tidak !.
Antara makhluk dan Allah pun sedemikian juga adanya !
Barang siapa faham apa itu nafi dan faham apa itu isbat,
maka fahamlah ia mana diri dan mana khaliq !.
Dan itulah baru benar-benar bersyahadah!.
Seumpama tidak boleh berpisah dan tidak berduanya
antara malam dengan sifat siang!.
Nafi dan isbat itu,
kita contohkan seumpama kain dan warna kain yang kita pakai sekarang
yang hendak kita pisahkan dengan mengoyakkannya.
Adakah warna merah pada kain atau baju yang kita koyak itu, boleh dipisahkan?
Sudah tentunya tidak boleh, sebab kedua-duanya sekali akan terkoyak.
Adakah warna merah itu bersatu dengan kain..
apa yang mustahil ialah warna tidak mungkin menjadi kain dan
kain pula tidak mungkin menjadi warna.
Tidak akan bertukar antara kain dengan warna!
Bercerai tetapi tidak bertanggal dan pastinya tidak bersatu.
Bila fahamlah kita akan makna nafi dan fahamlah kita akan makna isbat
maka dengan sendirinya akan fahamlah kita siapa hamba dan siapa itu Allah !
Inilah yang dilkatakan bahawasanya antara hamba dengan Allah itu,
bercerai tidak berpisah tiada!..
yang pastinya tanpa kain warna pun tiada.
Sebenarnya kalimah LA itu ertinya tiada, tiada dimana?
Maksudnya tiada yang sedang berlaku dimakhluk.
Yang sedang berlaku di makhluk itu adalah :-
HAK ALLAH bukan HAK MAKHLUK.
TIADA HAK MAKHLUK MELAINKAN HAK ALLAH.
LA ertinya tiada tetapi sebenarnya ada
(Tidak ada hak makhluk, yang ada hanya hak Allah).
Bila disebut LA, sudahpun ada Tuhan,
bukanlah LAILLAHA itu tiada Tuhan dan
ILLALLAH baru ada Tuhan.
LA itu datang dari mana?
Adakah LA itu hak makhluk?
Tidak ada, yang ada HAK ALLAH.
Tiada yang lain yang duduk berlaku itu, melainkan Allah.
Akhir sekali tiada yang ada melainkan Allah.
Jadi barulah bertepatan yang kalimah itu cukup luas.
Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi terkandung
didalam kalimah LA'ILAHA'ILLALLAH..
Tiada HAK tujuh petala langit dan tujuh petala bumi,
melainkan HAK ALLAH.
#paksyeikh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar