Senin, 02 November 2015

Hanya Allah yang memperkenalkan Allah

Assalamualaikum sahabat nuur..
Semoga Ahli syareat/tarekat akan dibukakn
oleh Allah Swt kpd pintu hakikat dn makrifat..
Dan ahli makrifat dibimbing menuju pengenalan
yang sebenar kenal 
" Hanya Allah yang memperkenalkan Allah, makhluk tidak dapat memperkenalkan Allah"

Bismillah..
Firman Allah swt:
“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)

Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh, emosi (nafsu), akal dan jasad. 

Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah. 
Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal. 
Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata 
akan tewas degan segala ujian hidup.

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad, 
Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya. 
Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam realiti kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku. 
Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan. 
Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.
Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.

Firman Allah:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan.
Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. 
Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya. 
Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya, merayu-rayu padanya, 
Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.

Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh, bukannya akal atau emosi. 
Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah 
begitu mendalam.

Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya.
Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, 
tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya. 
Mereka merasa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.

Firman Allah swt: 
“Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu
 (bersama dan melindungi hambaNya)…. (Al-Baqarah:152)

Allah memberi jaminan bahawa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan. 

Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah.

Semangkin tinggi ubudiyyah, semakin tawadhuk dan semakin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) , maka semangkin kuatlah Tenaga llahi yang terlimpah pada qalbinya. 

Ia selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu , 
maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.

Tenaga zikir adalah tenaga dari Ilahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut. 
Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya. 
Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah). 
Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif. 
Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. 
Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.

Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.
Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura. 
Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif.
Semakin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semakin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.

Sebab itulah ahli zikir yang haq @ makrifatullah
Wajahnya sentiasa tenang tenteram dan kesihatannya
juga baik. Insya Allah.. aamiin yaa rabbana..
Salam al Ahad

Tidak ada komentar:

Posting Komentar