🌺"Nafi dan isbat hendaklah disandingkan dalam setiap nafasmu dalam setiap langkahmu
💠Nafi dan Isbat adalah kalimah yang paling utama adalah kalimah pembuka rahsia
sang hamba dengan TuhanNya.
🌺Nafi dan isbat
menafikan wujud yang lain hanya isbat pada wujud Allah yang hakiki .
wujud yang lain hanyalah bayang yang menunjukkan wujudNya
maka wajib bagi dirimu memandang wujudmu adalah
menunjukkan kepada wujudNya jika kamu memandang wujudmu
tanpa kamu nafikan tiada akan wujudmu dan tiada mengisbatkan wujud Allah
yang mewujudkan mu maka kufurlah iktikadmu, hancurlah amal Islammu.
💠Nafi dan Isbat
menafikan akan segala sifat ketuhanan yang ada padamu melihat, mendengar, berkalam, berilmu, berkudrat, beriradah dan hayat hanya diisbatkan segala sifat itu
hak Allah jua maka padamu segala sifat kehambaan dan kekurangan buta, tuli, bisu, jahil, lemah, tiada kehendak dan mati
maka jika kamu iktikaqkan segala sifat tersebut tanpa kamu nafikan milikmu,
dan tiada kamu isbatkan adalah hak Allah maka kufurlah kamu,
maka binasalah segala amalmu
🌺Nafi dan Isbat
menafikan akan segala Asma’ yang ada hanya Allah pemilik segala Asma’ yang indah
dan hebat tiada yang memberi rezeki, tiada yang menyembuhkan, tiada yang hebat,
tiada yang mudharatkan, tiada yang memiliki kemuliaan dan pelbagai namanya melainkan hanya diisbatkan pada Allah sahaja yang memilkinya
jika engkau tiada mengiktikadkan disebalik kehidupan mu bahawa nama nama Allah yang mengaturmu untuk mengujimu dalam pelbagai bentuk dan wajah maka zindiklah kamu
dan tiada manfaat akan segala ibadahmu.
💠Nafi dan Isbat
menafikan segala apa jua perbuatan yang ada walaupun satu zarah debu yang
berterbangan dalam segala gerak dan diam melainkan diisbatkan hanya Allah yang
memilkinya jika engkau tiada nafikan segala perbuatan itu adalah milik kekuasaan dirimu
dan makhluk maka binasalah tauhidmu dan batal segala agamamu
🌺Maka dalamilah akan pelajaran Nafi dan Isbat dengan para murabbi tareqah sufiah yang haq sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Tuhan sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Rasul
💠tanpa pintu kebenaran ini maka amalmu penuh kerosakkan
kelakuan Islammu penuh kemunafikan…
engkau hanya Islam di sisi manusia…
tapi Islammu belum benar di sisi Allah…"
Walid
#muftibukandaiepunbukan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar