Kamis, 19 November 2015

RAHASIA NAMA YANG KE 100 ALLAH

Perkara kita menuntut ilmu..
di saat kita sulit memahami sesuatu
soalan berkaitan ketuhanan.. 
cubalah tafakurkan insyaallah ada jalanya yang diberikan Allah.. 
itu adalah Rahmat dari Allah…
menjadi satu temuan..(penemuan yang baru).

Cuba fikirkan, kenapa Tuhan dinamakan Allah?

Jawapannya:

1 Kerana ada Dzat, 
   ertinya diri Allah taala, 
   tetapi jangan Dzat mutlak semata, 
  dia mempunyai nama Asli (nama yang Ke-100).

2 Kerana ada sifat, ertinya ada rupa

3 Kerana ada asma (nama Asli), baru nama pangkatnya iaitu Tuhan, dan nama jabatannya Allah.

4 Kerana ada afaal, ertinya kelakuan.

.Segala kesempurnaan dzat, sifat, asma dan afa'al itu  
 terhimpun dan dinamakan RAHASIA, (pada nama yang ke-100).
 Mari kita perhatikan tentang tajali secara ringkas:

1 Tajali dzat

2 Tajali sifat

3 Tajali Asma

4 Tajali Af'al

Tauhid pula secara ringkas:

Tauhidnya adalah untuk mensyahkan rukun Syahadat, yang berjumlah empat perkara:

Tauhidul dzat, 
iaitu mengesakan pada zat, iaitu 
yang ada pada nama Rahasia (mengesakan dzat pada Rahasia)

Tauhidul sifat, 
iaitu mengesakan sifat, iatu pada nama Rahasia

Tauhidul asma, 
iaitu mengesakan asma, iaitu pada nama Rahasia

Tauhidul afa'al, 
iaitu mengesakan afa'al, iaitu pada nama Rahasia.

Walhasil daripada makrifat adalah RASA (merasakan), 
iaitu dapat merasakan rasa roh, 
iaitu seperti apa rasanya. 
Dapat pula merasakan rasa Rabbani (ketuhanan), iaitu 
seperti apa rasanya.

Walaupun 1000 tahun mendefinasikan Allah, 
jikalau belum merasakan, 
maknanya belum berhasil menemui Allah, 
seperti mengkhayalkan perkahwinan, 
tetapi belum berkawin, 
pasti tidak tahu bagaimana rasanya berkawin.

Teka-teki ini kalau di temukan, 
PASTI antara PERCAYA dan TIDAK PERCAYA, 
antara YAKIN dan TIDAK YAKIN.


JADI KEBENARAN 
BERADA DI ANTARA YAKIN DAN TIDAK YAKIN, 
ANTARA IA DAN TIDAK IA. 
TETAPI KALAU SUDAH YAKIN 
APABILA DI SEBUT NAMA ASLINYA (nama yang ke-100) 
MAKA BERGETARLAH HATINYA..

Nama Rahasia Allah nampak aksara arabnya (alif, lam, lam ha) (pada wajah ) 
cubalah (berdiri di hadapan cermin) bercermin..

di hidung huruf apa.... 
dua lobang hidung huruf apa........ 
pada kedua mata hurup apa, 
mulut dan telinga, 
sesudah mulut dan telinga, 
maka dirahsiakan (nama itu) jangan sampai didengar orang, 
setelah tahu nama Rahasia maka 
tutuplah mulut (jangan beri tahu), 
tutup telinga..(agar ia menjadi Rahasia).

Mudah-mudahan faham, 
perkara ini tidak boleh diberitahu secara langsung, 
hanya dengan isyarat-isyarat jua.

Kesimpulan Keakuan.

KESIMPULAN AKUAN PADA NAMA RAHASIA, 
kepada Allah kena, 
kepada hamba pun kena, 
sekali sebut saja sudah terhimpun (pada kedua-duanya) . 
Segala sesuatu akuan didudukkan pada nama RAHASIA Allah, 
(nama yang ke-100), 
nama Aslinya disebut ismu al adzim, iaitu 
sebelum mengetahui Nama Dzat Aslinya (nama yang ke-100):

Sedangkan ALLAH, 
adalah nama jabatan untuk puji-pujian dan 
TUHAN ialah 
nama Pangkatnya..juga untuk puji-pujian.

 Nama pangkat dan nama jabatan boleh dinyaringkan.. 
tetapi apabila menduduki nama RAHASIA tidak boleh dinyaringkan.. 
( kerana ia adalah Rahasia).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar