Tauhid adalah kesatuan,
nafikan selain Allah dan isbatkan kepada Allah,
tiada Tuhan melainkan Allah.
Kebanyakan manusia bertuhankan berpuluh-puluh tuhan siang dan malam,
tetapi hakikatnya Tuhan itu Tunggal dan Maha Esa iaitu Allah,
Tuhan sekalian alam.
Apabila engkau bergantung dan bersandar kepada sesuatu selain Allah,
maka itulah tuhanmu.
Pakaikanlah tubuhmu dengan Islam dan
sucikanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah.
Hiduplah engkau bersama Allah tanpa dirimu dan alam semesta.
Khitab Allah turun dalam hati yg sunyi daripada selain Allah.
Berkhalwatlah dengan Allah sehingga Allah berkhalwat denganmu.
Hati yg merdeka daripada segala sesuatu selain Allah
adalah tempat pertaruhan rahsia-rahsia Allah.
Tauhid bukanlah ilmu atau amal,
tetapi tauhid adalah Keesaan, kefanaan dan kesatuan.
Sabda Nabi:
" Kelebihan Abu Bakar dikalangan kamu bukanlah kerana banyak solatnya
dan banyak puasanya, tetapi kerana rahsia yg tersimpan didalam dadanya "
Bagaimana mungkin orang yg sentiasa mengikut hawa-nafsunya itu
akan dapat berjalan menuju kepada kota Allah.
Bagaimana mungkin orang yg telah melihat Allah
akan melihat sesuatu disamping Allah.
BUTA SELAIN ALLAH
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seseorang hamba berkata,
“Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan.
Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya.
Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya.
Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari.
Allah berfirman kepada kedua-duanya:
Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu.
Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku
nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.”
(Hadis riwayat Ibn Majah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar