Yang ada hanya Allah.
Tiada yang lain.
Yang lain tidak ada.
TAUHID ialah mengetahui satu,
melihat satu dan menjadi satu.
Aku satu dan tiada sekutu denganKu.
Walaupun ada bertingkat-tingkat dari segi badan / akal / ruh / sirr / nur / zat,
hakikat anda bukanlah salah satu dari tingkat tingkat itu tetapi adalah Zat itu sendiri.
HAKIKAT MUHAMMAD ialah KEPALA PANCURAN semua manifestasi.
Meskipun Muhammad didalam badan, hakikatnya adalah hakikat seluruh alam.
Keturunannya ialah :-
- seluruh alam
- wali wali
- malaikat malaikat
- keturunan yang lahir dari jasadnya
Ulama Syariat berpendapat wujud itu ada dua :-
Pertama – satu yang asal yakni Allah
Kedua – yang dijadikan atau baharu yakni yang dijadikan Allah dari tiada
Ulama Hakikat berpendapat :-
Benda benda yang akan diwujudkan bukan dari tidak ada tetapi adalah dari A’yan Sabitah
( bentuk bentuk tetap dalam Ilmu Allah ) yaitu dari Wujud Allah
Perintah KUN hendaklah pada benda yang ada.
Yang tidak ada tidak dapat menerima Perintah Kun itu.
Lain lain perbezaan Prinsip Ulama Syariat & Ulama Hakikat :-
Ulama Syariat mengatakan Wujud Kejadian berbeza dengan Wujud Allah.
Para Sufi mengatakan Tiada perbezaan Hanya Satu Jua Yaitu Wujud Mutlak Allah.
Ulamak Syariat mengatakan bahawa kejadian sari ADOM.
Para Sufi mengatakan Yang DiperIntah itu mestilah ada atau
wujud untuk menerima perintah dan ini ialah A’yan Sabitah.
Yang ketiga ialah HU HU ( Dia Dia ) & KAANAHU ( Seperti Dia )
Ulamak Syariat mengatakan dalam fana’ makhluk menjadi KAANAHU ( seperti Dia )
dan bukan HU HU ( Dia Dia )
Ibnu Arabi menyatakan wujud tidak lebih dari SATU.
Yang sama itu menzahirkan kepada DiriNya dengan DiriNya
saperti air menzahirkan dirinya dalam bentuk air.
Jadi tiada yang fana’ Ianya Hu Hu.
Yang lain tidak lebih dari hanya nama - nama dan benda - benda pada fikiran sahaja. Hakikatnya Dia Yang Satu.
Semua nama - nama adalah penzahiran daripada satu hakikat.
Kadang - kadang hakikat itu lautan,
kadang - kadang buih,
kadang - kadang ombak,
kadang - kadang ais
kadang - kadang salji,
kadang - kadang Allah,
kadang - kadang makhluk.
Nama itu banyak ..yang dinamakan itu hanya Satu.
Bentuk - bentuk adalah DiriNya sendiri pada zahirnya dan pada hakikatnya.
Semua benda - benda wujud kerana WujudNya Allah.
Dengan sendirinya mereka itu TIDAK ADA.
Huruf tidak ada , yang ada ialah Dakwat.
Yang Tidak Ada ialah cerminnya Wujud Mutlak
Mumtanul Wujud – Ada Yang Negatif = Cermin.
Mumkinul Wujud – Ada Yang Mungkin = Bayangnya.
Wajibul Wujud – Yang Pasti Ada = Orangnya.
Ulamak Syariat mengatakan Wujud benda - benda ( dunia ) adalah Tambahan pada Zat. Para Sufi mengatakan Wujud Mutlak ialah Allah.
Pembatasannya ialah DiriNya sendiri.
Zat mengetahui DiriNya sendiri
Dari segi mengetahui :-
Dia Menjadi wajib. Pelaku tanpa kualiti, Pencipta Yang Berkuasa dll.
Dari segi Diketahui :-
Dia menjadi Yang Dilakukan. Yang diberi kualiti.
Yang Dijadikan tanpa kuasa yaitu Hakikat Insan.
Surah Al-Hadid : 04
"Dan Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada."
Huraian :-
Allah ialah hakikat semuanya – hakikat segala -galanya tiada yang kecuali.
Apabila Allah beserta dengan semua, Dia juga tanpa semua.
Selagi anda wujud dalam pandangan anda,
DIA TIADA NAMPAK dan
apabila anda tidak wujud dalam pandangan anda
DIALAH YANG ANDA NAMPAK.
Allah menzahirkan DiriNya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu.
Tajallinya tidak terkira banyaknya.
Penyembahan Yang Terhad oleh Yang Terhad adalah Syirik.
CINTA ALLAH ialah KEMAHUAN UNTUK MANIFESTASI ( penzahiran ).
Wujud adalah gerak dari KEADAAN YANG TERPENDAM
( Kunza Mahfiyyan – Adom Idhafi ) kepada KEADAAN YANG TERNAMPAK.
Ini adalah Gerak Cinta.
Tanpa Cinta ianya terpendam dalam Ilmu buat selama-lamanya.
Wujud itu adalah HANYA TAJALLI dan
Tajalli itu menjadi hakikat seseorang dalam Tajalli.
Hakikat benda ialah ZAT ALLAH sendiri.
Wujud diluar dan wujud didalam tidak berbeza.
Semuanya adalah Satu Diri Yang Sama itu jua yakni Allah.
Wallahua'lam
#paksyeikh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar